awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OPR turun atau tidak? Jawapannya hari ini...

Najib Aroff
Najib Aroff
09/07/2025
00:00 MYT
OPR turun atau tidak? Jawapannya hari ini...
Keputusan sama ada Bank Negara Malaysia akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan diketahui hari ini, ketika pasaran dan penganalisis memberi pandangan berbeza menjelang berakhirnya mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan diketahui hari ini, ketika pasaran dan penganalisis memberi pandangan berbeza menjelang berakhirnya mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).
Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan penurunan OPR sebanyak 25 mata asas susulan peningkatan ketidaktentuan dasar global termasuk perang tarif yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap 14 negara, termasuk Malaysia.
HLIB turut mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.0 peratus dan melihat tarif AS sebagai pemangkin kepada peningkatan kandungan nilai tempatan dalam pelaburan langsung asing (FDI) serta industri berorientasikan eksport.
Dalam masa sama, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka penurunan OPR sebanyak 25 mata asas, dengan alasan tekanan luaran dan momentum pertumbuhan yang lembap mewajarkan pelonggaran dasar lebih awal.
Menurut mereka, risiko menurunkan kadar terlalu lewat adalah lebih besar berbanding melakukannya lebih awal.
Namun begitu, pandangan berbeza dikemukakan oleh Alliance Bank Malaysia Bhd yang menjangkakan OPR kekal pada tiga peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kelle Kam berkata, faktor seperti penggunaan domestik yang kukuh, kadar pengangguran rendah dan kemasukan pelancong yang meningkat menyokong pertumbuhan ekonomi tanpa keperluan untuk pelonggaran kadar faedah.
Dalam konteks global, pentadbiran Donald Trump telah memaklumkan, Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport bermula 1 Ogos, melebihi kadar semasa 10 peratus.
Walaupun terdapat kekeliruan mengenai definisi barangan yang dipindahkan, Malaysia masih mempunyai tempoh 25 hari untuk berunding bagi mendapatkan pengurangan kadar tarif.
Dengan pendedahan perdagangan Malaysia kepada AS sebanyak 7.2 peratus daripada KDNK dan eksport nilai tambah domestik menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah eksport, keputusan dasar monetari hari ini dijangka memberi kesan besar kepada hala tuju ekonomi negara dalam menghadapi cabaran luaran yang semakin kompleks.
Topic Berkaitan
#OPR
#kadar dasar semalaman
#Bank Negara Malaysia
#tarif Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan