KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen menerima maklum balas daripada Kementerian Kewangan hasil daripada dua syor laporannya berhubung Tuntutan Tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibentangkan di Parlimen pada Julai 2019.
Berikutan syor PAC, kementerian itu dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil tindakan dengan memasukkan semua kutipan GST dalam Akaun Hasil Disatukan ke dalam Kumpulan Wang Bagi Pembayaran Balik (KWBPB) GST berbanding amalan sebelumnya dengan memasukkan wang kutipan GST ke dalam Akaun Hasil Disatukan.
Menurut kenyataan PAC hari ini, kementerian juga meminda surat ikatan amanah KWPB GST dengan membuat satu surat ikatan amanah tambahan bagi membolehkan kumpulan wang ini terus berfungsi walaupun GST dimansuhkan pada 1 Sept 2018.
Semalam, PAC membentangkan laporannya di Dewan Rakyat berhubung tindakan yang diambil oleh kementerian terhadap dua syornya hasil daripada prosiding terhadap tuntutan tunggakan bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion.
Sebelum ini, PAC mengemukakan dua syor kepada kerajaan dalam laporannya selepas menjalankan 10 prosiding bermula 12 Sept, 2018 sehingga 14 Mei 2019.
PAC menjalankan siasatan terhadap isu itu apabila mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa bahawa sejumlah RM19.4 bilion daripada wang GST 'dirompak' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Laporan itu juga menjelaskan bahawa Kementerian Kewangan akur terhadap syor PAC untuk memastikan pematuhan penuh undang-udang negara dalam pelaksanaan tatacara kewangan dan untuk tujuan itu, kementerian berkenaan menambah keanggotaan ahli jawatankuasa KWBPB GST," katanya.
Menurut PAC, Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Fiskal dan Ekonomi kementerian itu turut dimasukkan sebagai ahli jawatankuasa baharu yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 06 2020

PAC Parlimen menerima maklum balas daripada Kementerian Kewangan hasil daripada dua syor laporannya berhubung Tuntutan Tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibentangkan di Parlimen pada Julai 2019. - Gambar fail

AWANI Ringkas: PKP penuh? Tunggu pengumuman | 11 kematian dua hari berturut-turut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gerakan banteras rasuah, gerakan semua pihak
Jelas Datuk Hussamuddin Yaacub, gerakan perangi rasuah itu perlu bermula daripada akar umbi sendiri dan digerakkan antara rakyat sesama rakyat.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah
Negara yang kini berada dalam tempoh situasi pandemik COVID-19, pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa sesuai bagi perangi rasuah.

Tidak mendalami ilmu agama, punca rasuah berleluasa
Bagi pandangan Datuk Hussamuddin Yaacub, umat islam seeloknya cuba memahami Al-Quran kerana beliau melihat mereka yang memberi dan menerima rasuah tidak tahu bahawa perbuatan itu haram dan mendapat kemurkaan Allah S.W.T.

Patuh Rukun Negara, tolak rasuah - Hussamuddin Yaacub
Jelas Datuk Hussamuddin Yaacub, keruntuhan sesebuah negara itu apabila tidak lagi menganggap perbuatan rasuah sebagai gejala tidak sihat dan merosakkan rakyat dan negara.
![AWANI 7:45 [26/01/2021]: Kaji laksana semula PKPB | Cop perakuan warga asing AWANI 7:45 [26/01/2021]: Kaji laksana semula PKPB | Cop perakuan warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42089344271611665735128/1887299_27524278981611666371228_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/01/2021]: Kaji laksana semula PKPB | Cop perakuan warga asing
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - Total lockdown? Kerajaan belum bercadang laksanakannya. - Jumlah kes kematian akibat COVID-19 negara cecah 700 kes. - Exco Kerajaan Negeri Perak sekali lagi tegaskan, Air Terjun Tanjung Batu tidak musnah. #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia
![[INFOGRAFIK] Empat mitos mengenai rasuah [INFOGRAFIK] Empat mitos mengenai rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/21825816771611665735136/1887298_8967789641611666159740_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Empat mitos mengenai rasuah
![[INFOGRAFIK] Permintaan hartanah sekunder 2020 [INFOGRAFIK] Permintaan hartanah sekunder 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29161632931611665735122/1887297_8967789641611666089691_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Permintaan hartanah sekunder 2020
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (26 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (26 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/9688739921611665735143/1887296_8967789641611666048890_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (26 Jan 2021)
![[INFOGRAFIK] #RasuahBusters | Jihad perangi rasuah [INFOGRAFIK] #RasuahBusters | Jihad perangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/28779568581611665735117/1887295_8967789641611666005565_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] #RasuahBusters | Jihad perangi rasuah

Dewan Negara lulus Belanjawan 2021
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

RUU Perbekalan 2021 lulus di Dewan Rakyat
Ia selepas dua percubaan pihak pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian diperingkat akhir jawatankuasa dan sebelum bacaan ketiga, gagal.

Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Pekerjaan Negara
Majlis berkenaan akan turut disertai wakil sektor swasta dan industri yang akan diumumkan kelak, dan akan bermesyuarat secara kerap mengikut keperluan semasa.

KWSP umum maklumat terperinci program i-Sinar Rabu depan - Tengku Zafrul
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kelayakan dan proses pengeluaran caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar pada Rabu ini.

Belanjawan 2021: Pengeluaran Akaun 1 KWSP mampu beri risiko selepas persaraan
Individu yang tidak begitu terkesan akibat pandemik COVID-19 tidak digalakkan untuk membuat pengeluaran menerusi caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Belanjawan 2021: Dipinda dan lulus untuk rakyat
Walaupun terdapat cubaan menolak belanjawan dengan peruntukan RM322.5 bilion itu, akhirnya majoriti ahli Parlimen meluluskannya di peringkat dasar.

Belanjawan 2021: Sokongan bukti kematangan Ahli Parlimen - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap Belanjawan 2021 pada peringkat dasar merupakan bukti kematangan mereka dalam membuat keputusan penting.

Tengku Zafrul beri bayangan Malaysia Airlines bakal terima sokongan kewangan
Menteri Kewangan beri bayangan bahawa syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB) bakal terima sokongan kewangan.

Lebih 9.86 juta terima BPN 2.0 setakat 3 November 2020
Sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 setakat 3 November 2020.

Belanjawan 2021 perlu lebih realistik - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Belanjawan 2021 perlu diubah suai menjadi lebih realistik untuk mendapat sokongannya di parlimen.