Skip to main content

Teknologi

Akaun YouTube kini boleh dikunci dengan PIN pada Smart TV

Profil YouTube Di Aplikasi TV Kini Boleh Dikunci Dengan Nombor Pin -- AMANZ
Langkah itu membantu pengguna, khususnya ibu bapa, mengawal penggunaan aplikasi berkenaan oleh kanak-kanak selain melindungi sejarah tontonan, langganan dan cadangan kandungan yang bersifat peribadi. -Foto Amanz
Advertisement

MOUNTAIN VIEW: Google memperkenalkan ciri keselamatan baharu yang membolehkan akaun YouTube pada aplikasi televisyen pintar dikunci menggunakan kod PIN empat digit bagi mengelakkan akses tanpa kebenaran, lapor Amanz.

Langkah itu membantu pengguna, khususnya ibu bapa, mengawal penggunaan aplikasi berkenaan oleh kanak-kanak selain melindungi sejarah tontonan, langganan dan cadangan kandungan yang bersifat peribadi.

Melalui kemas kini terbaharu itu, akaun yang dikunci memerlukan pengguna memasukkan kod PIN secara manual atau menyahkuncinya menerusi aplikasi YouTube pada telefon pintar sebelum boleh diakses.

Bagi mengaktifkan ciri tersebut, pengguna hanya perlu membuka aplikasi YouTube pada televisyen, memilih bahagian akaun pada menu navigasi sebelah kiri dan menekan butang Settings.

Selepas itu, pengguna boleh mengikuti arahan pada skrin untuk mengaktifkan fungsi Account Lock sebelum menetapkan kod PIN empat digit.

Sekiranya pengguna terlupa kod PIN berkenaan, sistem turut menyediakan pilihan tetapan semula yang memerlukan pengesahan identiti menggunakan bukti kelayakan Akaun Google bagi tujuan keselamatan.

Ciri baharu itu kini sedang dilancarkan secara global kepada pengguna YouTube pada kebanyakan televisyen pintar, peranti penstriman dan konsol permainan yang disokong.

Must Watch Video

Advertisement