KUALA LUMPUR: Pasaran bon dan sukuk Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan pembiayaan penting kepada inisiatif yang produktif dan bertanggungjawab daripada segi sosial, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Pengerusinya SC Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata pasaran bon dan sukuk Malaysia adalah antara pasaran paling maju dan terbesar di rantau ini dengan jumlah nilai tertunggak sebanyak RM2 trilion setakat 31 Oktober 2023, mewakili lebih 50 peratus daripada pasaran modal Malaysia.
"Malaysia merupakan pasaran sukuk terbesar dengan 35 peratus sukuk terkumpul global, mendahului Arab Saudi dan Indonesia.
"Malaysia juga kekal sebagai peneraju serantau dalam sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).
"Pada 2023 (sehingga Oktober), tiga sukuk SRI dengan jumlah saiz program RM2.2 bilion telah diserah simpan dengan SC," katanya dalam ucaptama semasa Persidangan Maya Bon dan Sukuk Malaysia MARC, semalam.
Awang Adek juga meminta peserta pasaran mengambil tindakan yang lebih konkrit untuk menangani perubahan iklim dan menggalakkan kemampanan di Malaysia.
Beliau berkata walaupun kerajaan di seluruh dunia telah berikrar untuk menangani pemanasan global, pelepasan karbon daripada tenaga dan industri telah meningkat sebanyak 60 peratus sejak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim ditandatangani pada tahun 1992.
"Untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, pelaburan tenaga bersih tahunan di seluruh dunia memerlukan sekitar US$4 trilion (RM18.7 trilion) menjelang 2030. Malaysia memerlukan RM1.3 trilion menjelang 2050," katanya.
Awang Adek berkata susulan keperluan pembiayaan tenaga bersih yang besar, sektor kewangan harus terus memudahkan pembiayaan dan pelaburan dalam bidang utama berkenaan untuk menyokong keutamaan kerajaan.
"Agensi penarafan kredit juga memainkan peranan penting dalam menambah baik pendedahan dan pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), seiring dengan agenda kelestarian negara.
"Bagi entiti yang bertanggungjawab menerbitkan sekuriti, mengutamakan kemampanan akan memberi petunjuk kukuh untuk menggalakkan penggunaan yang lebih besar dalam industri," katanya.
Beliau berkata bagi memudahkan penerimaan piawaian yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB) di Malaysia, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat mengenai Pelaporan Kelestarian (ACSR) yang dipengerusikan oleh SC untuk mengemudi pelaksanaan dan penerimaan Piawaian ISSB oleh syarikat Malaysia dengan teratur.
Awang Adek berkata Rangka Kerja Sukuk berkaitan SRI yang sejajar dengan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik dikeluarkan pada 2022.
Beliau berkata SC juga telah memasukkan Piawaian Bon Berkaitan Kemampanan ASEAN ke dalam rangka kerja kawal selianya, ia memberikan pasaran modal Malaysia set lengkap standard bon dan sukuk untuk membantu syarikat memperoleh pembiayaan bagi tujuan peralihan.
"Agenda kemampanan SC juga melangkaui bon dan sukuk, meliputi segmen pasaran lain dan ini termasuk pengurusan dana, taksonomi SRI serta menyediakan rangka kerja untuk pendedahan berkaitan kemampanan.
"Dana SRI Malaysia yang dikawal selia oleh SC mengikut garis panduan khusus untuk ketelusan dan pematuhan kepada prinsip pelaburan mampan. Dana ini memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemampanan dan pelaburan yang bertanggungjawab dalam pasaran kewangan Malaysia," katanya.
Awang Adek berkata sejak garis panduan Dana SRI diperkenalkan pada 2017, sebanyak 39 dana unit amanah dan 28 dana borong telah didaftarkan dengan SC.
Pasaran Bon dan Sukuk Malaysia berada di persimpangan antara peluang dan tanggungjawab. Justeru, usaha memperkasa kemampanan, ia bukan sahaja membuka jalan kepada ekonomi yang lebih berdaya tahan dan inklusif tetapi juga meninggalkan legasi pengawasan untuk generasi, katanya.
"Mari kita bersama-sama menuju masa depan dengan kewangan berperanan sebagai kuasa untuk kebaikan dan kemakmuran diukur bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi dalam kesejahteraan planet kita dan penghuninya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Awang Adek berkata sejak garis panduan Dana SRI diperkenalkan pada 2017, sebanyak 39 dana unit amanah dan 28 dana borong telah didaftarkan dengan SC. - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM3.8 trilion.
Malaysia rekod 68 dana SRI berjumlah RM7.7 bilion setakat 31 Dis, 2023 - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan Malaysia merekodkan 68 dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) berjumlah RM7.7 bilion setakat 31 Dis 2023.
SC umum garis panduan baharu mengenai kategori pelabur sofistikated
Ia mengukuhkan komitmen SC untuk mengekalkan daya saing dan kerancakan pasaran modal, sambil menggalakkan penyertaan lebih ramai pelabur.
SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.
Pasaran bon dan sukuk Malaysia berkedudukan baik untuk sediakan pembiayaan kepada inisiatif SRI
Awang Adek berkata pasaran bon dan sukuk Malaysia adalah antara pasaran paling maju dan terbesar di rantau ini.
SC terima 2,873 aduan berkaitan scam setakat suku ketiga 2023
Aduan meningkat dengan ketara selepas penguatkuasaan dilakukan dan orang ramai diberi amaran supaya melaporkan tingkah laku mencurigakan.
Malaysia perlu pendekatan komprehensif untuk tangani isu simpanan persaraan - SC
SC mengembangkan rangka kerja PRS untuk membolehkan penyedia semasa dan pengurusan pelaburan digital menawarkan PRS berasaskan algoritma.