GLASGOW: Sekumpulan aktivis mengadakan majlis penghormatan (vigil) di luar stadium nasional Scotland bagi memperingati pemain bola sepak Palestin yang terkorban dalam konflik di rantau itu.
Himpunan aman itu berlangsung di pekarangan Stadium Hampden Park pada Jumaat, ketika perlawanan bola sepak wanita antara Scotland dan Israel diadakan di venue berkecuali di Hungary tanpa kehadiran penonton.
Menurut rakaman video yang dikongsikan kumpulan Red Card Glasgow, peserta meletakkan kalungan bunga serta menggantung jersi dan mafela Palestin sebagai simbolik memperingati atlet yang terkorban.
Thank you to those who attended our vigil for the murdered Palestinian footballers.
While @scottishfa stay silent on another fixture against israel's women's team, Palestinians continue to have their lives destroyed by israel. pic.twitter.com/lIJk9s6cjO— Show Israeli Genocide the Red Card (@RedCardGlasgow) June 6, 2026
Dalam kenyataan, kumpulan itu turut menyuarakan pandangan mereka terhadap keputusan Persatuan Bola Sepak Scotland (SFA) yang meneruskan perlawanan tersebut.
Perlawanan berkenaan diadakan di gelanggang neutral dan tanpa penonton, dipercayai sebagai langkah bagi mengurangkan risiko keselamatan serta kemungkinan protes.