Skip to main content

Dunia

Presiden Korea Selatan namakan menteri PKS sebagai calon PM wanita baharu

81761290499_LeeJaeMyung.jpg
Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung (foto) menamakan Menteri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Pemula, Han Seong-sook, sebagai calon baharu Perdana Menteri negara itu. -Gambar fail

SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung menamakan Menteri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Pemula, Han Seong-sook, sebagai calon baharu Perdana Menteri negara itu.

Sekiranya pelantikan itu diluluskan parlimen, beliau berpotensi menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut dalam tempoh hampir dua dekad, lapor The Korea Herald.

Wanita terakhir yang memegang jawatan berkenaan ialah Han Myeong-sook dari 2006 hingga 2007.

Menurut Ketua Staf Kepresidenan Kang Hoon-sik, pencalonan Han yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi Naver bertujuan memperkukuh agenda transformasi kecerdasan buatan (AI) negara.

“Han dijangka mampu mengubah pertumbuhan ekonomi Korea Selatan yang kini didorong sektor semikonduktor kepada model yang lebih inklusif, termasuk melibatkan sektor PKS,” katanya dalam sidang media di Pejabat Presiden.

Di bawah sistem pemerintahan Korea Selatan, peranan perdana menteri lebih tertumpu kepada fungsi pentadbiran dan penyelarasan dasar.

Namun begitu, pencalonan Han dilihat signifikan dalam usaha mengemudi hala tuju ekonomi digital negara.

 

Must Watch Video

Advertisement