awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup rendah

Bernama
Bernama
22/03/2024
14:41 MYT
Pasaran getah ditutup rendah
Harga LGM untuk GMM 20 turun 10 sen kepada 783.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 3.0 sen kepada 760.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Beliau berkata kebimbangan baharu mengenai pertumbuhan ekonomi China yang perlahan disebabkan oleh data ekonomi yang lemah dan langkah-langkah rangsangan yang mengecewakan terus mempengaruhi sentimen pasaran.
"Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat dan berada dalam keadaan untuk mencatat kejatuhan mingguan disebabkan pembetulan harga getah dan kejatuhan minyak mentah mendorong kontrak niaga hadapan yang lebih rendah," kata peniaga itu kepada Bernama.
Beliau berkata kejatuhan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS memandangkan sentimen dirangsang oleh tanda-tanda ekonomi Amerika Syarikat yang berdaya tahan.
Pada 5 petang, penanda aras harga minyak mentah Brent turun 0.33 peratus kepada US$85.50 setong.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun 10 sen kepada 783.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 3.0 sen kepada 760.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 776 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 762.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LGM
#pasaran getah
#harga minyak
#ekonomi China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan