awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup tinggi seiring aliran menaik pasaran niaga hadapan serantau

Bernama
Bernama
10/09/2024
13:47 MYT
Pasaran getah ditutup tinggi seiring aliran menaik pasaran niaga hadapan serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 811.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal berada pada 672 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa mendapat rangsangan daripada aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau berkata harga komoditi itu juga disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhad akibat hujan lebat di negara pengeluar utama.
"Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penanda aras penurunan harga minyak mentah dan data ekonomi China yang bercampur-campur kerana peniaga sentiasa memantau rapat ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara AS dengan China," katanya kepada Bernama.
Pada 5.06 petang, harga minyak mentah Brent turun 0.67 peratus kepada US$71.13 setong.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 6.5 sen kepada 818.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 3.0 sen kepada 670.50 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada 811.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal berada pada 672 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#hujan lebat
#peniaga
#LGM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan