awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran hartanah domestik cenderung untuk lebih positif pada 2023 - Savills Malaysia

Bernama
Bernama
02/01/2023
00:00 MYT
Pasaran hartanah domestik cenderung untuk lebih positif pada 2023 - Savills Malaysia
Kos pembinaan dan kadar faedah pinjaman yang lebih tinggi telah melembapkan sektor hartanah dan ekonomi domestik secara keseluruhan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Perunding hartanah Savills Malaysia berpandangan keseluruhan pasaran hartanah di negara ini "sebagai lanjutan terus dari 2022" dan perjalanan yang bergelora itu akan menuju ke 2023 tetapi dengan kecenderungan positif yang lebih kuat.
Dalam satu kenyataan semalam, Savills berkata dengan pentadbiran kerajaan baharu, diharapkan ada sokongan yang lebih baik untuk penyelesaian yang kukuh.
Dengan meletakkan kriteria pasaran hartanah kepada subsektor yang berbeza, kenyataan itu berkata pejabat lama dan hartanah runcit "berkemungkinan bergelut" manakala hartanah yang lebih baharu dalam segmen industri, logistik dan pusat data akan "terus menjadi tumpuan" aktiviti pasaran.
Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Savills Malaysia Datuk Paul Khong berkata, firma perunding itu menunggu Bajet 2023 yang baharu dengan menjangkakan tindakan bagi meremajakan keseluruhan sektor dan bukan hanya untuk mereka yang berada pada peringkat B40.
Namun begitu, beliau mengakui bahawa kos pembinaan dan kadar faedah pinjaman yang lebih tinggi telah melembapkan sektor hartanah dan ekonomi domestik secara keseluruhan.
"Kami telah melihat (kesan) peningkatan kos yang besar terhadap pembangunan hartanah baharu. Produk baharu ini akhirnya akan menghasilkan harga yang lebih tinggi," kata kenyataan itu.
Dalam segmen hartanah kediaman, kenyataan itu berkata permintaan akan "berdaya tahan" dan ini akan dibuktikan dengan peningkatan jualan pada suku pertama hingga suku ketiga 2023 disebabkan permintaan yang terpendam.
Kenyataan itu berkata akan ada daripada mereka yang terus mengambil kesempatan daripada kos gadai janji yang "masih rendah", kata Khong.
Namun begitu, beliau menyatakan terdapat cabaran kerana Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) melebihi paras prapandemik (3.25 peratus - 3.50 peratus) bergantung kepada situasi global. Pada 3.25 peratus, OPR akan kembali ke tahap prapandemik.
Kadar faedah kini berada pada 2.75 peratus, selepas empat kenaikan berturut-turut sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus pada awal 2022.
Peningkatan kos untuk membeli rumah juga boleh memberi kesan "kuasa beli" kepada bakal pembeli pada tahun-tahun akan datang, tambahnya.
Savills juga berpendapat trend global dalam isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) diterapkan secara mendalam terhadap sebarang keputusan untuk melabur. Kesedaran ini juga semakin berkembang di Malaysia," kata Khong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Savills Malaysia
#pasaran hartanah
#Paul Khong
#kadar faedah pinjaman tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan