awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi

Bernama
Bernama
03/02/2026
07:12 MYT
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
Araghchi berkata, Iran bersedia untuk diplomasi, namun diplomasi juga mempunyai prinsipnya sendiri. - Gambar/ AP
ISTANBUL: Iran bersedia untuk mengadakan rundingan diplomatik, kata menteri luar negara itu pada Isnin ketika ketegangan antara Tehran dan Washington terus memuncak.

Ringkasan AI
  • Iran bersedia untuk rundingan diplomatik, menegaskan perlunya saling menghormati dan pertimbangan kepentingan bersama dalam diplomasi.
  • Suruhanjaya Keselamatan Negara Iran mengesahkan negara tersebut berada pada tahap tertinggi kuasa pertahanan, bersiap sedia untuk tindak balas tegas terhadap sebarang ancaman.
  • Rundingan dijangka terhad kepada isu nuklear dan perlu membawa kepada penarikan sekatan, mengurangkan tekanan ekonomi, serta memperbaiki kehidupan rakyat Iran.

"Kami bersedia untuk diplomasi, namun diplomasi juga mempunyai prinsipnya sendiri. Saya berharap kita akan melihat hasil dalam masa terdekat," kata Abbas Araghchi semasa lawatannya ke makam Ayatollah Ruhollah Khomeini, arkitek Revolusi Iran 1979, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Musuh Iran, yang gagal mencapai matlamat mereka," sama ada melalui perang selama 12 hari tahun lepas atau protes baru-baru ini, "kini beralih kepada diplomasi."
"Pihak yang sama kini bercakap mengenai diplomasi hari ini, walaupun Iran sentiasa bersedia untuk pilihan ini, dengan syarat terdapat saling menghormati dan pertimbangan kepentingan bersama,''katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen Iran memaklumkan yang negara itu kini berada "pada tahap tertinggi kuasa pertahanannya" dan memberi amaran yang "sebarang ancaman akan dibalas dengan tindak balas yang tegas," menurut AA yang memetik agensi berita separa rasmi Tasnim.
Menurut Suruhanjaya itu, "objektif utama di sebalik kehadiran AS dan tekanan berpanjangan terhadap Iran adalah untuk menguasai sumber minyak serta memastikan keselamatan rejim Zionis (Israel) sebagai pos ketenteraan terbesar AS di rantau ini."
Menurut Suruhanjaya itu, sekiranya rundingan diadakan, ia akan "terhad secara eksklusif kepada isu nuklear dan dijalankan secara langsung," sambil menegaskan yang perbincangan hanya boleh diterima sekiranya ia "membawa kepada penarikan sekatan, mengurangkan tekanan ekonomi ke atas rakyat dan memperbaiki keadaan kehidupan."
Pada Jun 2025, Israel, dengan sokongan Washington, melancarkan serangan selama 12 hari ke atas Iran yang menyasarkan tapak ketenteraan dan nuklear, selain infrastruktur awam, serta mengorbankan pemerintah kanan tentera dan ahli sains. Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas kemudahan ketenteraan dan perisikan Israel sebelum AS mengumumkan gencatan senjata.
Kenyataan Araghchi dibuat ketika ketegangan antara Iran dan AS semakin meningkat, susulan pengukuhan kehadiran ketenteraan Amerika di rantau itu seperti diumumkan oleh Presiden Donald Trump.
Trump mengesahkan yang satu "armada" besar AS sedang menuju ke rantau itu, sambil memberi amaran kepada Iran agar memasuki rundingan mengenai program nuklearnya atau berdepan kemungkinan tindakan ketenteraan.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, aktiviti diplomatik giat dijalankan dengan beberapa negara serantau termasuk Turkiye campur tangan bagi meredakan ketegangan antara kedua-dua negara.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#nuklear
#abbas araghchi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami