KULAI: Pekebun kecil sawit digalakkan untuk merebut peluang menceburi sektor koko, lada hitam dan putih sebagai produk sampingan bagi membantu meningkatkan aktiviti huluan agrikomoditi itu.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata projek integrasi seumpama itu dapat membantu merancakkan lagi pembangunan hiliran sektor lada dan koko tempatan yang semakin mendapat tempat, sekali gus memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan ekonomi negara.
"Ini juga usaha baik untuk meningkatkan eksport bahan mentah, bahan mentah kekurangan kerana aktiviti menanam di peringkat huluan lemah.
"Kita mahu mempertingkatkan dari segi penglibatan penanam peringkat huluan, (dengan itu) baru kita dapat hasil di peringkat hiliran dan dapat eksport...hasil akan datang kepada negara dan itu yang kita harapkan," katanya pada sidang media selepas Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia Bersama Pekebun Kecil Koko dan Lada di Felda Inas, di sini hari ini.
Beliau berkata koko, lada hitam dan putih juga semakin mendapat permintaan, malahan jenama coklat terkenal antarabangsa seperti Govida juga turut mendapat sumber koko daripada Malaysia.
Sementara itu, Zuraida berkata kerajaan pada 2019 telah mengehadkan pengembangan kawasan penanaman kelapa sawit tidak melebihi 6.5 juta hektar dan sehingga 2022, seluas 5.8 juta hektar telah dibangunkan.
"Program integrasi ada potensi, kalau tengok ladang sawit kita sudah 5.8 juta hektar (dibangunkan), jadi kalau kita gunakan 1 juta hektar sekalipun sudah lumayan untuk dapat hasil koko atau lada hitam dan putih," katanya.
Justeru itu beliau berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan mesyuarat dengan syarikat besar seperti Felda, Sime Darby dan IOI Corporation Bhd mengenai projek integrasi seumpama itu yang boleh dilaksanakan di ladang mereka.
Zuraida pada masa sama, menyeru orang ramai yang mempunyai tanah terbiar untuk turut sama memanfaatkan kawasan dengan menceburi sektor koko, ladang hitam dan putih menerusi projek ladang komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Projek integrasi itu dapat membantu merancakkan lagi pembangunan hiliran sektor lada dan koko tempatan yang semakin mendapat tempat. - Gambar hiasan/Bernama
Polis tumpas sindiket didalangi penjawat awam, rampas RM2 juta dadah
Kesemua suspek berusia 27 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan oleh JSJN Bukit Aman pada 5 dan 6 Sept lepas.
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan hari ini.
Tumpuan Isnin 9 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China
Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pengemis jalanan OKU dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di Johor Bahru, Khamis lepas.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Seorang penjawat awam adalah antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki menjadi dalang pengedaran dadah yang melibatkan dalang rampasan lebih RM2 juta dalam dua operasi berasingan, baru-baru ini.
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di arau
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.
Malaysia juarai Pestabola Merdeka 2024
Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lubnan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Tiga isu jenayah diberi penekanan dalam Kod Tatalaku media sosial - Fahmi
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial.
Bekas calon Presiden Venezuela, Gonzalez diberi suaka politik di Sepanyol - Naib Presiden
Pejabat peguam Negara Venezuela sedang menyiasat penerbitan data pusat mengundi pembangkang di sebuah tapak dalam talian.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Dadah yang dirampas itu mampu menanggung penggunaan 30,000 penagih dadah.
Pekebun kecil sawit digalak ceburi sektor koko, lada
Projek integrasi itu dapat membantu merancakkan lagi pembangunan hiliran sektor lada dan koko tempatan yang semakin mendapat tempat.