KUALA LUMPUR: Kerjasama Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) bersama platform pembiayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersepadu terbesar di Asia Tenggara, Funding Societies memberi akses mudah kepada pembiayaan melalui platform kewangan digital.
Pemangku Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, perjanjian dimeterai melalui jalinan kerjasama itu memberi tumpuan kepada sokongan kewangan yang diperlukan oleh ahli mereka yang terdiri daripada pengimport dan peniaga kenderaan dari seluruh negara.
Jelasnya, langkah itu menunjukkan semangat dan dedikasi PEKEMA untuk memperkasakan ahli-ahlinya serta mengangkat martabat industri automotif negara.
"Kerjasama itu mempunyai potensi besar untuk memberikan impak positif kepada industri automotif negara. Satu daripada aspek utama perjanjian ini adalah memberikan sokongan kewangan yang lebih kukuh kepada ahli PEKEMA untuk memudahkan pembelian stok kenderaan bagi tujuan 'floor stocking'.
"Langkah ini penting dalam memastikan kelancaran perniagaan mereka serta untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan efisien," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Mohamed Nazari, PEKEMA menjalin kerjasama dengan kedua-dua institusi kewangan dan bukan kewangan dalam usaha untuk memaksimumkan ekosistem pembiayaan yang lebih meluas.
“Pendekatan inovatif ini dijangka mendorong peningkatan jualan dalam industri automotif dan memberi ruang kepada ahli untuk meneroka model pembiayaan yang berbeza sejajar dengan trend dan keperluan pasaran semasa.
"Kerjasama dengan Funding Societies ini selaras dengan misi PEKEMA untuk memperkukuhkan kedudukan industri automotif Malaysia dalam menghadapi transformasi global dengan menggunakan teknologi dan kerjasama yang dinamik," jelasnya.
Pada tahun lalu, PEKEMA memainkan peranan penting dengan mengimport lebih daripada 46,000 kenderaan dan menjual kira-kira 37,000 unit daripadanya, memberikan sumbangan sebanyak 5.2 peratus kepada jumlah penjualan industri kenderaan (Total Industry Volume, TIV).
Dalam suasana pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil serta pelancaran model-model baharu, TIV bagi tahun ini dijangka akan mencapai 725,000 unit, mengikut unjuran pasaran.
Dengan lebih daripada 340 pengedar, 400 gudang berlesen dan bilik pameran di seluruh negara, PEKEMA berada dalam kedudukan kukuh untuk terus memainkan peranan utama dalam pasaran automotif.
Sementara itu, Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon berkata, perjanjian kerjasama itu melahirkan konsep pembiayaan stok kenderaan yang berevolusi oleh Funding Societies dan diintegrasikan ke dalam rangkaian luas PEKEMA.
“Sebanyak hampir 300 pemegang permit (AP) yang diluluskan. Mekanisme pembiayaan ini membolehkan pemegang AP untuk memperluaskan stok kenderaan mereka, meredakan tekanan aliran tunai, dan memudahkan pengembangan perniagaan.
"Dengan menggabungkan kepakaran Funding Societies dalam pinjaman digital untuk PKS dengan rangkaian luas PEKEMA, kami yakin dapat memberikan kesan positif kepada pengedar kenderaan yang ingin berkembang di seluruh Malaysia. Inisiatif ini sejajar dengan misi kami untuk mengurangkan jurang pembiayaan PKS dan memacu pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.
Pada 2022, sektor automotif Malaysia menyumbang sebanyak RM64.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), terutamanya didorong oleh pemulihan permintaan pasca pandemik.
Anggaran menunjukkan bahawa angka itu dijangka meningkat kepada RM104.2 bilion menjelang 2030.
Bagaimanapun, segmen tertentu dalam industri itu menghadapi pelbagai cabaran, termasuk akses terhadap pembiayaan.
Dalam konteks ini, kerjasama antara PEKEMA dan Funding Societies bertujuan untuk menangani isu-isu ini dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan khusus yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai pengedar kenderaan yang sedang berkembang.
Tambah Chai, program pembiayaan disesuaikan dengan kerjasama dengan PEKEMA ini menawarkan pelbagai faedah kepada pemegang permit AP, termasuk kos pembiayaan yang lebih rendah, had pembiayaan yang lebih tinggi, tempoh kredit sehingga 120 hari dan proses permohonan yang dipermudahkan.
"Pemegang permit yang menepati kriteria diperlukan, pemilik syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad, sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan saham oleh rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya satu tahun operasi perniagaan yang aktif dan tiada tindakan undang-undang atau litigasi yang belum selesai boleh memohon pembiayaan," ujarnya.
Astro Awani
Tue Aug 29 2023

Menurut Mohamed Nazari, PEKEMA menjalin kerjasama dengan kedua-dua institusi kewangan dan bukan kewangan dalam usaha untuk memaksimumkan ekosistem pembiayaan yang lebih meluas. - Gambar PEKEMA

PRK Ayer Kuning: PM ucap tahniah kemenangan calon BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
UMDAP Semakin Tidak Relevan, Pengundi Tunjuk Penolakan
Kelompok-kelompok yang cuba mempopularkan jenama UMDAP dilihat semakin kehilangan sokongan apabila pengundi menolak calon-calon baharu yang dikaitkan dengan naratif itu.
[TERKINI] JDT tewaskan Sri Pahang FC 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, anak saudara di Semenyih
Misteri bau busuk yang mencurigakan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih malam Jumaat.
Majoriti besar bukti pengundi tolak politik fitnah
Majoriti lebih besar yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning memberi gambaran sebenar penduduk Ayer Kuning menolak politik fitnah dan adu domba.
PM ucap tahniah atas kemenangan BN dalam PRK Ayer Kuning
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu.

Sedih pasukan legenda tidak ada tahun depan, harap Tengku Muda Pahang boleh pertimbang semula - TMJ
Difahamkan, Sri Pahang yang menjadi finalis ini berkemungkinan tidak akan beraksi dalam kancah domestik, musim depan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.

PRK Ayer Kuning: Penduduk tolak politik fitnah, pilih perpaduan - Saarani
Saarani berkata kemenangan itu tidak akan tercapai tanpa usaha gigih semua pihak termasuk jentera BN dan Pakatan Harapan yang bekerja keras.

Malaysia tidak akan terlalu tumpu pada unjuran pertumbuhan tetapi fokus kepada bina daya tahan - Amir Hamzah
Tumpuan perlu diberi kepada membina daya tahan dan mekanisme dan dasar yang tepat untuk terus berkembang dalam ketidaktentuan global.

IMF semak unjuran KDNK Malaysia kepada 4.1 peratus bagi 2025
IMF menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya.

Sektor pengguna kekal berdaya tahan meskipun unjuran KDNK 2025 sederhana - MIDF Amanah
Sektor pengguna Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2025, didorong oleh aliran penggunaan berstruktur dan kebolehlihatan pendapatan yang stabil.

Fitch turunkan unjuran pertumbuhan global dalam persekitaran perang dagang
Fitch Ratings menurunkan unjuran pertumbuhan global bagi 2025 dengan ketara sebanyak 0.4 mata peratusan (pp), manakala unjuran bagi China dan Amerika Syarikat (AS) dikurangkan sebanyak 0.5.

WTO beri amaran ekonomi Amerika Utara bakal merosot akibat tarif Trump
Selain penyusutan jumlah dagangan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut dijangka terjejas.

Festival Flora Borneo bakal rangsang ekonomi Labuan
Festival Flora Borneo (BFF) 2025 yang julung kali diadakan di Labuan pada 26 hingga 30 Julai, dijangka dapat merangsang ekonomi tempatan dengan ketara.

New Zealand tingkat perbelanjaan pertahanan susulan ketegangan serantau
New Zealand akan meningkatkan perbelanjaan pertahanannya dalam tempoh empat tahun akan datang bagi membina angkatan tentera yang "moden dan berkeupayaan tempur".

Tarif AS: Semakan semula KDNK akan berlandaskan analisis impak menyeluruh - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata NGCC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi.

Selangor bincang langkah tangani kesan tarif AS minggu depan - Amirudin
Kerajaan Selangor akan memulakan perbincangan dengan pakar pada minggu depan berikutan pengumuman AS mengenakan tarif sebanyak 24 peratus ke atas barangan Malaysia.

Tarif Trump: KDNK dinilai semula, getah dan plastik antara industri terjejas - Tengku Zafrul
Malaysia akan menilai semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2025, yang sebelum ini ditetapkan antara 4.5 hingga 5.5 peratus.