KUALA LUMPUR: Pelabur asing menjadi penjual bersih pada minggu dagangan akhir 2022 dengan melepaskan saham bernilai RM204.6 juta berbanding belian bersih RM51.2 juta pada minggu terdahulu.
MIDF Research berkata minggu berkenaan adalah minggu dagangan yang singkat berikutan cuti Krismas, dengan pelabur asing memulakan minggu itu dalam sentimen positif apabila membeli bersih RM10.1 juta pada Selasa, manakala RM99.2 juta pada Rabu.
"Bagaimanapun, jumlah belian bersih itu tidak cukup untuk mengalihkan aktiviti pengambilan untung pada Khamis iaitu pada kadar RM9.8 juta dan RM304.1 juta pada Jumaat.
"Tiga sektor utama yang merekodkan aliran masuk asing bersih adalah penjagaan kesihatan iaitu RM16.5 juta, teknologi RM12.3 juta, serta pengangkutan dan logistik sebanyak RM7.2 juta," katanya dalam nota mingguan.
Tiga sektor utama mencatat aliran keluar asing bersih adalah perladangan iaitu RM64.7 juta, produk dan perkhidmatan perindustrian sebanyak RM57.1 juta serta perkhidmatan kewangan RM46.0 juta, katanya.
MIDF Research berkata institusi tempatan membeli bersih RM290.4 juta pada minggu lepas, namun bagi minggu berakhir 23 Dis 2022, mereka menjual bersih ekuiti bernilai RM52.1 juta.
"Selasa dan Rabu adalah hari jualan bersih, masing-masing pada RM44.6 juta dan RM149.0 juta.
"Pendirian mereka mengenai pelaburan menjadi positif pada Khamis apabila membeli bersih RM41.6 juta dengan belian bersih terbesar yang dilihat pada Jumaat iaitu RM442.4 juta," katanya.
Peruncit tempatan turut menjadi penjual bersih apabila menjual saham bernilai RM85.8 juta, namun sebelum itu mereka telah membeli bersih untuk tempoh tiga minggu berturut-turut.
"Peruncit tempatan membeli bersih RM34.4 juta pada Selasa dan RM49.9 juta pada Rabu.
"Mereka memulakan pengambilan untung pada sepanjang minggu sebanyak RM31.8 juta pada Khamis dan RM138.3 juta pada Jumaat," menurut firma penyelidikan itu.
Dari segi penyertaan, purata kuantiti dagangan harian bagi peruncit tempatan (10.0 peratus), institusi tempatan (32.6 peratus), dan pelabur asing (18.8 peratus) mencatatkan pertumbuhan pada minggu lepas.
MIDF Research berkata, pada akhir 2022, pelabur asing merupakan pembeli bersih bagi tempoh 27 minggu daripada 52 minggu tahun lepas dengan jumlah aliran masuk bersih RM4.38 bilion.
Institusi tempatan pula menjadi penjual bersih bagi tempoh 33 minggu daripada 52 minggu pada 2022 dengan jumlah aliran keluar bersih RM6.42 bilion.
Peruncit tempatan turut menjadi pembeli bersih selama 33 minggu daripada 52 minggu pada tahun lepas dengan jumlah aliran masuk bersih RM2.04 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023
Tiga sektor utama mencatat aliran keluar asing bersih adalah perladangan iaitu RM64.7 juta, produk dan perkhidmatan perindustrian sebanyak RM57.1 juta serta perkhidmatan kewangan RM46.0 juta. - Gambar hiasan
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.
Pelabur asing beli RM524.9 juta ekuiti Malaysia pada minggu pertama 2024 - MIDF Research
MIDF Research berkata, pelabur asing mencatat aliran masuk setiap hari pada minggu lalu kecuali Selasa dengan jualan bersih RM23.3 juta.
Pelabur asing jual RM276.4 juta ekuiti Malaysia selepas lima minggu membeli - MIDF Research
Jualan bersih tertinggi berlaku pada Khamis berjumlah RM95.4 juta, diikuti oleh Isnin sebanyak RM92.5 juta.
Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
Kedah Aerotropolis terus mendapat kepercayaan pelabur antarabangsa apabila memeterai kerjasama baharu dengan pelabur dari Itali.
Presiden Xi seru tingkatkan perpaduan demi kerjasama lebih baik di Asia Pasifik
Presiden China Xi Jinping berkata rantau Asia Pasifik tidak boleh dan tidak patut menjadi arena persaingan geopolitik.
Belian bersih pelabur asing melonjak hampir empat kali ganda - MIDF Research
Bursa Malaysia menyaksikan pelabur asing mencatatkan belian ekuiti tempatan berjumlah sehingga RM676.7 juta minggu lepas.
Kajian semula MM2H mampu tingkatkan sektor hartanah
Peningkatan pelabur asing di Malaysia berkemungkinan meningkatkan prospek dalam sektor hartanah pada 2024.
Pelabur asing rekod belian ekuiti domestik bernilai RM10.2 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing merekodkan belian ekuiti domestik di Bursa Malaysia berjumlah RM10.2 juta minggu lepas.
Pelabur asing catat aliran masuk RM674 juta ekuiti Malaysia pada Sept 2023 - Maybank IB
Ia juga mewakili pembelian bersih pelabur asing bagi bulan ketiga berturut-turut, di mana mereka mencatat aliran masuk pada Julai dan Ogos.
Pelabur asing catat belian bersih ekuiti di bursa berjumlah RM23.1 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia selepas tiga minggu mencatatkan jualan bersih.