KUALA LUMPUR: Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Eropah dari 13 hingga 21 Okt, 2021, yang diketuai oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah membuahkan hasil yang menggalakkan, dengan pelabur Eropah memberi komitmen yang kukuh untuk melabur sejumlah RM14.1 bilion di Malaysia.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan, potensi pelaburan langsung asing (FDI) dari Jerman sebanyak RM10.7 bilion manakala potensi FDI dari Perancis dan United Kingdom, masing-masing sebanyak RM2.6 bilion dan RM800 juta.
"Pada masa sama, nilai eksport produk Malaysia bernilai RM400 juta (RM50 juta ke Jerman, RM300 juta ke Perancis dan RM50 juta ke United Kingdom) dijangka direalisasikan pada tahun-tahun akan datang," menurut MITI.
Katanya, usaha transformasi ekonomi Malaysia terutamanya dalam memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) diterima dengan baik oleh komuniti perniagaan Eropah.
Pengiktirafan terhadap penekanan baharu Malaysia mengenai agenda kemampanan yang dilihat sepanjang misi ini mengesahkan keyakinan berterusan pelabur dan pengimport Eropah terhadap Malaysia, sebagai destinasi perniagaan pilihan dan pintu masuk strategik kepada perniagaan Eropah untuk meneroka lebih jauh ke rantau Asia Tenggara dan pasaran Asia Pasifik yang lebih besar.
Sepanjang TIM, Mohamed Azmin berkongsi mengenai visi Malaysia dalam agenda mampan, terutamanya sasaran Malaysia untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau karbon sifar bersih paling awal menjelang 2050, seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
"Berdasarkan pelbagai peluang dalam teknologi hijau Malaysia dan sektor mobiliti hijau serta dalam industri lain yang bernilai tinggi, perniagaan dan pelabur Eropah berharap dapat meningkatkan penyertaan dalam bidang penting itu yang menjadi antara tumpuan utama dalam aspirasi pembangunan ekonomi Malaysia," katanya.
Dalam pertemuan dengan delegasi United Kingdom, kementerian turut mengenal pasti peluang kerjasama dalam bidang Industri 4.0, tenaga boleh baharu dan kemampanan serta memanfaatkan kedudukan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) untuk mengembangkan lagi kedudukan mereka di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Usaha transformasi ekonomi Malaysia terutamanya dalam memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus diterima dengan baik oleh komuniti perniagaan Eropah. - Gambar fail
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
LTAT isytihar kadar dividen lima peratus
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytihar dividen pada kadar 5.0 peratus bagi tahun kewangan 2023 dengan jumlah agihan pembayaran sebanyak RM485.08 juta pada Khamis.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
Potensi pasaran Malaysia pacu pelaburan berterusan AS - Duta
Beliau menekankan perkongsian ekonomi yang berterusan antara AS dan Malaysia selain pelaburan dan peluang pekerjaan yang telah dijana.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
CIMB sasar jumlah pinjaman tumbuh 5-7 peratus pada tahun ini
Bagi tempoh sama, nisbah kos kepada pendapatan pula di bawah 46.9 peratus manakala liputan kerugian pinjaman antara 30 dan 40 mata asas.