awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji

Bernama
Bernama
28/12/2024
12:00 MYT
Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
SIPITANG: Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata pelaburan itu diperoleh antaranya daripada Esteel untuk kilang keluli hijau dengan nilai pelaburan RM20 bilion, serta Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang membangunkan kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung dengan nilai pelaburan RM8.8 bilion.
Pelaburan lain bernilai RM1 bilion daripada E-Concern Sdn Bhd bagi pengurusan sisa dan daripada Texas Evolosi Waste Management Sdn Bhd bernilai RM70 juta.
"Semua syarikat yang saya sebut itu akan mula beroperasi pada 2026 dan 2027. Semua pelaburan ini akan mencipta peluang pekerjaan seawal di fasa pembinaan dan semasa operasi.
"Sudah tentu penduduk Sipitang dan sekitarnya akan mendapat limpahan dalam pelbagai sektor ekonomi," katanya dalam ucapan merasmikan Karnival Kesenian, Kebudayaan, Pelancongan dan Makanan Tradisi sempena Pesta Makan Tahun Kadayan Sabah 2024 di sini, Sabtu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Arifin Mohd Arif.
Hajiji berkata kalangan pelabur asing dan domestik kekal yakin dengan pentadbiran negeri yang mempunyai hala tuju yang jelas dan keyakinan mereka dibuktikan melalui pelaburan RM1.7 bilion tahun ini.
Sementara itu, beliau berkata industri pelancongan di Sipitang perlu diperkasakan untuk menjana manfaat ekonomi dan pekerjaan, memandangkan kedudukan daerah itu yang amat strategik, berhampiran dengan Brunei dan Kalimantan, Indonesia serta Sarawak dan Labuan.
"Kerajaan juga sentiasa menyokong perayaan tradisi seperti adat makan tahun etnik Kadayan dan mahu acara itu diteruskan bagi memupuk perpaduan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOGIP
#pelaburan
#mula beroperasi
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan