KUALA LUMPUR: Sejumlah RM14.7 bilion pelaburan dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) telah diluluskan sejak 2018 sehingga September 2022, merangkumi pemasangan kenderaan, komponen EV dan komponen pengecasan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata antara pelaburan yang diluluskan adalah pembukaan kemudahan pembuatan sel bateri EV dengan nilai pelaburan RM7 bilion oleh Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd sekali gus menjadikan Malaysia sebagai lokasi pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara.
"Pasukan Petugas EV Kebangsaan (NEVTF) bertanggungjawab untuk menilai dasar semasa, memantau pelaksanaan program dan inisiatif serta merangka dasar dan inisiatif baharu berkaitan pembangunan industri EV dalam negara secara menyeluruh.
"Kesan daripada inisiatif-inisiatif NEVTF ini dapat dilihat dengan peningkatan ketara permintaan EV dengan jumlah permintaan EV (kategori kenderaan bateri elektrik sepenuhnya) melonjak kepada lebih 3,400 unit pada 2022 berbanding 300 unit secara purata pada tahun-tahun sebelumnya," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, usaha menarik pelabur untuk memasang infrastruktur pengecas turut berkesan apabila jumlah stesen pengecasan meningkat pada kadar 69 peratus pada 2022 berbanding 2021, menjadikan jumlahnya mencecah 900 unit ketika ini dalam memenuhi sasaran 10,000 unit di seluruh negara menjelang 2025 seperti dinyatakan dalam Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon.
"Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dan yang baharu pada masa hadapan dijangka dapat meningkatkan lagi penggunaan dan permintaan EV serta menarik pelaburan ekosistem EV bagi merealisasikan sasaran Malaysia untuk mencapai status negara neutral karbon menjelang 2050 seperti yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12," katanya.
Menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) mengenai eksport tenaga boleh diperbaharui, Tengku Zafrul berkata ia masih dalam perbincangan dengan pihak terlibat termasuk Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Bagaimanapun beliau berkata pertimbangan selanjutnya perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasrat negara untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.
Di bawah Dasar Automotif Nasional 2020, hala tuju industri automotif tempatan telah ditetapkan untuk dibangunkan dan dikembangkan sebagai hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga termasuk EV dengan ciri-ciri Kenderaan Generasi Akan Datang yang berfungsi bukan sahaja dari segi pengurangan dalam pelepasan karbon dalam udara, malah keupayaan mengoptimumkan tenaga yang digunakan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggulung perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - BERNAMA
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
Pelaburan ekosistem EV diluluskan RM14.7 bilion sehingga September 2022 - Tengku Zafrul
Sejumlah RM14.7 bilion pelaburan dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) telah diluluskan sejak 2018 sehingga September 2022.