awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan Cukai Minimum Global beri impak positif bagi kedudukan kewangan negara - Lim

Bernama
Bernama
17/12/2024
01:50 MYT
Pelaksanaan Cukai Minimum Global beri impak positif bagi kedudukan kewangan negara - Lim
Lim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kewangan 2024 bagi bacaan kali kedua pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Negara di Parlimen semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Minimum Global (GMT) pada kadar 15 peratus mulai tahun depan dijangka memberi impak positif kepada kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata GMT akan dilaksanakan ke atas syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya 750 juta euro (1 euro=RM4.67) dengan sebuah anak syarikat beroperasi di negara berbeza.
"Ini akan mengekalkan keupayaan untuk menarik pelaburan baharu dan sedia ada oleh syarikat multinasional di samping memberi jaminan kepada pelabur terhadap perancangan negara dalam melaksanakan GMT," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 di Dewan Negara, semalam.
Persidangan Dewan Negara itu juga meluluskan RUU berkenaan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga.
RUU itu bertujuan melaksanakan pindaan untuk menambah baik pentadbiran cukai langsung dan cukai tidak langsung, terutama dalam aspek proses pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai.
Dalam pada itu, Lim berkata kerajaan turut mengambil maklum cadangan untuk menaikkan kadar cukai pendapatan syarikat besar daripada 24 peratus kepada 27 peratus seperti mana pernah dilakukan menerusi pelaksanaan Cukai Makmur.
"Kerajaan bersetuju bahawa kenaikan kadar cukai pendapatan seperti pengenaan Cukai Makmur sememangnya memberi impak yang besar kepada kutipan hasil cukai negara.
"Bagaimanapun, seperti mana jaminan kerajaan sebelum ini, Cukai Makmur adalah bersifat 'one-off' (sekali) yang bertujuan meningkatkan keupayaan negara untuk menghadapi krisis kesihatan," katanya.
Sementara itu, persidangan Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan 2024 dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga.
Ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Lim menegaskan kenaikan kadar premium insurans perubatan adalah berpunca daripada inflasi kos perubatan yang tinggi serta kekerapan penggunaan rawatan yang lebih tinggi.
Beliau berkata kenaikan kadar premium insurans perubatan dan kos inflasi perubatan di Malaysia adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan melibatkan banyak pihak berkepentingan.
"Bank Negara Malaysia (BNM) kekal komited dalam memastikan rakyat terus mempunyai akses kepada produk insurans dan takaful pada kadar bersesuaian.
"Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Dewan Rakyat minggu lepas, beberapa langkah interim dan segera sedang diperhalusi dan akan diumumkan oleh BNM," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai minimum global
#Lim Hui Ying
#GMT
#cukai pendapatan syarikat besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan