KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dasar gaji minimum dan dasar gaji progresif adalah bertepatan kerana berupaya membantu membangunkan ekonomi sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat, kata penganalisis ekonomi UniKL Business School Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
Beliau berkata ini berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) terus meningkat dan terdapat keperluan untuk kerajaan melaksanakan dasar tersebut.
"IHP, inflasi meningkat, dari dulu kita sehingga lima ke enam peratus. Kalau tidak ada subsidi pukal daripada kerajaan... saya ingat dulu Tokpa (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed) pernah memaklumkan kita mungkin mencecah (inflasi) 11 peratus.
"Dengan subsidi yang pelbagai ini, kita harus peka dengan apa yang berlaku dan bukan hanya sebelah pihak sahaja kita ingin bantu dari segi kuasa beli, malah pada masa sama kita perlu meningkatkan secara progresif gaji itu sendiri," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Pengukuhan MADANI, Pemerkasaan Ekonomi' terbitan Bernama TV pada Rabu.
Beliau berkata sekiranya dasar tersebut tidak dilaksanakan, ini akan menjejaskan kuasa beli pengguna.
"Sebagai contoh, harga kereta atau rumah dalam tempoh berpuluh tahun lepas adalah berbeza. Semasa saya mula bekerja 30 tahun lepas, harga kereta baharu hanya RM30,000 tetapi kini jauh lebih daripada itu.
"Nak beli Perodua Myvi sekitar RM60,000. Gaji permulaan siswazah baharu adalah RM3,000, tetapi pada 1993 semasa saya bekerja sudah RM2,000. Tidak boleh dalam masa 30 tahun selepas itu, gaji masih seperti itu," katanya.
Sehubungan itu, Aimi Zulhazmi berkata, kerajaan perlu melihat aspek untuk mengimbangi kenaikan gaji dan pada masa sama tidak memberikan tekanan, terutamanya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Kita harus faham kedudukan PMKS sangat kritikal dalam ekonomi kita. Kenapa? Ini bukan kerana 90 peratus daripada entiti perniagaan di Malaysia adalah PMKS, tetapi kerana mereka menjadi majikan kepada hampir 60 peratus daripada 16 juta tenaga kerja di Malaysia.
"Oleh itu, apabila PMKS yang tertekan, bagaimana PMKS yang menyumbangkan hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar akan dapat berkembang?" katanya.
Menurut Aimi Zulhazmi, bagi melaksanakan sesuatu dasar seperti dasar gaji progresif, kerajaan tidak boleh mengambil masa terlalu lama.
"Memang ada syarikat kecil akan berkata bagaimana kami bendak bekerjasama dan pada masa sama tidak boleh menaikkan harga barang. Firma kewangan kecil bumiputera dengan pekerja sekitar 10 atau 20 orang, bagaimana mereka ingin mencapainya, misalnya tanpa menaikkan kos pengauditan. Itu yang kita perlu faham.
"Contohnya kerajaan perlu melihat dari segi aspek pengurangan cukai dan pengurangan insentif berganda bagi memajukan PMKS supaya dapat memberikan gaji lebih kepada pekerja serta membenarkan penambahan bayaran kepada pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Aimi Zulhazmi berkata, kerajaan perlu melihat aspek untuk mengimbangi kenaikan gaji dan pada masa sama tidak memberikan tekanan, terutamanya kepada PMKS. - Gambar hiasan
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Peniaga sambut baik keputusan PM naik gaji minimum
Peniaga restoran, pemilik tadika dan pekerja berpendapat pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan memberi manfaat dan impak positif.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
Dasar Gaji Progresif: Kementerian Ekonomi, Kesuma tumpu pembinaan sistem yang lebih teguh
Kementerian Ekonomi, Kesuma sedang membina sistem yang lebih baik bagi memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif berkesan pada hujung 2024.
Penilaian impak projek rintis Dasar Gaji Progresif dibuat Sept ini
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sehingga 25 Jun seramai 732 majikan telah membuka akaun menerusi Sistem Gaji Progresif.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Empat jawatankuasa ditubuh bagi nilai impak projek rintis Dasar Gaji Progresif
Empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentas kementerian dan agensi ditubuhkan untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.
Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak wajib - Rafizi
Kerajaan tidak boleh mewajibkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif kerana perlu mengambil kira kemampuan syarikat, majikan dan ekonomi negara.
Pandangan kesatuan pekerja penting dalam penggubalan Dasar Sumber Manusia - Cuepacs
Kementerian Sumber Manusia (KSM) diharap sentiasa mengambil kira pandangan kesatuan pekerja terutama dalam menggubal Dasar Sumber Manusia baharu.
Laksana segera projek perintis Dasar Gaji Progresif - Steven Sim
Menteri Sumber Manusia mengarahkan kementerian itu untuk melaksanakan segera projek perintis Dasar Gaji Progresif.
Pastikan dua juta pekerja asing tidak jadi tantangan laksanakan gaji progresif - Penganalisis
Kerajaan perlu memastikan keberadaan dua juta pekerja asing dalam negara tidak menjadi tantangan kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.