DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 September 2025.
KUALA LUMPUR: Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 September 2025.
Pengalaman Hamas berurusan dengan pentadbiran Donald Trump sesuatu yang "pahit," tegas pegawai kanannya, Ghazi Hamad.
Singgung kematian Charlie Kirk, ABC henti tayang program "Jimmy Kimmel Live"
2. ABC hentikan tayangan Jimmy Kimmel Live selepas hos rancangan itu, Jimmy Kimmel, mengeluarkan kenyataan berhubung pembunuhan Charlie Kirk yang mengundang kritikan.
Perjanjian ini memberi penekanan sebarang serangan terhadap salah sebuah negara akan dianggap sebagai serangan ke atas kedua-duanya.
Dua lagi pemotongan kadar dijangka dibuat tahun ini berikutan kebimbangan terhadap kelemahan pasaran pekerjaan dan peningkatan kadar pengangguran.
Serangan peluru berpandu yang menyasarkan kawasan sekitar hospital-hospital itu sekali gus melumpuhkan antara talian hayat terakhir buat ribuan penduduk yang sedang sakit, cedera dan kebuluran.
Polis Thailand melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan.
Hasil siasatan akan disampaikan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Iran dan tiga kuasa Eropah iaitu Perancis, Britain dan Jerman mengadakan rundingan pada Rabu mengenai program nuklear Tehran serta isu penghapusan sekatan yang disifatkan Iran sebagai "kejam".
Penunjuk perasaan membawa sepanduk mengkritik dasar AS mengenai imigresen, Gaza dan perubahan iklim.
Lesi di kulit yang ditemukan pada tubuh Bolsonaro menunjukkan kewujudan "karsinoma sel skuamus."
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami