Pemaju aplikasi tempatan disaran menceburi bidang perniagaan aplikasi mudah alih canggih yang dijangka mempunyai masa depan yang cerah serta memberi pulangan memberangsangkan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Johari Jailani berkata tidak seperti industri aplikasi pengguna, pasaran untuk perusahaan aplikasi mempunyai tahap pertumbuhan yang berbeza.
"Dengan adanya trend seperti BYOD (Bawa Peranti Anda Sendir) dan hubungan secara elektronik, pekerja sentiasa mencari untuk terus menjadi produktif, tanpa mengira sama ada mereka berada di dalam atau luar pejabat.
"Aplikasi tepat pada peranti mudah alih pintar boleh membantu mereka mencapai matlamat ini dan syarikat yang menyokong atau mengadakan peruntukan bagi penciptaan aplikasi perniagaan boleh menjangka untuk melihat pertumbuhan produktiviti dan kecekapan operasi," katanya.
Bercakap pada pelancaran Program Pembangunan Kandungan Bersepadu MSC Malaysia (ICON3) di sini hari ini, Johari berkata syarikat teknologi yang mula diasaskan dan yang telah kukuh mula menyedari nilai jualan penyelesaian mudah alih untuk perusahaan selepas ia telah dikenal pasti sebagai satu lubuk keuntungan.
Malah, firma penyelidikan Garther meramalkan menjelang 2017, kira-kira 25 peratus daripada perusahaan di seluruh dunia akan mempunyai stor aplikasi mereka sendiri dengan beralih daripada kebergantungan aplikasi tradisional pengguna seperti Apple AppStore atau Googleplay, katanya.
"Oleh itu, di sebalik membina rangkaian terbaik mudah alih baharu sosial atau applikasi permainan, pemaju sedang membangunkan aplikasi untuk akauntan, jurujual, guru Teknologi Maklumat (IT) dan pentadbir.
"Melihat perkembangan ini, kami percaya sudah tiba masa untuk pemaju applikasi Malaysia mula memberi tumpuan kepada perusahaan aplikasi mudah alih," katanya sambil menjelaskan bahawa pengenalan program ICON3 adalah tepat pada masanya.
Johari berkata tumpuan ICON3 dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDec) bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan profesional bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia tetapi juga akan membolehkan pemaju tempatan dan pemain industri menempa nama dalam bidang ini menerusi pelbagai segmen aplikasi dalam pasaran.
"Ini seterusnya akan membolehkan pemaju aplikasi menghasilkan aplikasi untuk kegunaan ramai dan meningkat dalam nilai rantaian. Hasilnya akan menyaksikan Malaysia menjadi negaya yang lebih berdaya saing yang mampu untuk memanfaatkan kelebihan, kemahiran dan kepakaran yang sedia ada dalam bidang ini," katanya.
Johari berkata kerajaan menjangka sektor Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur (CCI) menyumbang 3.4 peratus kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Badlisham Ghazali berkata pada mulanya pembangunan aplikasi perusahaan akan tertumpu kepada keperluan pasaran tempatan.
Daripada program ICON sebelumnya, kurang 10 aplikasi dikategorikan sebagai aplikasi perusahaan.
Beliau berkata satu kajian asas akan dilaksanakan untuk lebih memahami ekosistem CCI tempatan untuk merangsang pertumbuhan yang lebih besar dalam industri aplikasi.
Bernama
Fri Jul 26 2013
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.
Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.
Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.