Syarikat pakar keselamatan cerun, Pintas Utama Sdn Bhd (PUSB) bersedia menyahut saranan kerajaan menerokai pasaran bebas termasuk ke Asia Tenggara dan menjadikan Kongres Jalan Raya Dunia di Abu Dhabi sebagai platform pemasarannya.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSB, Datuk Ir Marhalim Mohamed berkata, sudah tiba masanya untuk syarikat ini meluaskan perniagaannya ke pasaran yang lebih besar selepas hampir 25 tahun menerajui pasaran Malaysia.
"Kami menyahut saranan kerajaan yang mahu syarikat tempatan menerokai pasaran bebas dan mengambil peluang menjadi pempamer di Kongres Jalan Raya Dunia ke-26 di Abu Dhabi.
"Ini peluang terbaik dan platform untuk kami menawarkan perkhidmatan pembaikan cerun yang efisyen dan efektif kepada pasaran.
"Selepas hampir 25 tahun terbabit kerja pembinaan infrastruktur dalam negara, kami melihat peluang meneroka pasaran dunia. Ini permulaan baik bagi PUSB," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
BACA: Lokasi cerun di Cameron Highlands akan diselenggara - Baru Bian
TONTON: Kerajaan akan pinda Akta berkaitan pemeriksaan cerun
PUSB memiliki kepakaran dalam kerja pembaikan cerun, kerja pembetungan, pembinaan jalan dan jambatan.
Sementara itu, kata Ir Marhalim, pihaknya sentiasa memastikan kakitangannya bersedia berdepan masalah runtuhan cerun dalam cuaca tidak menentu pada musim tengkujuh.
Jelasnya, mereka sentiasa menilai dan melakukan pemantauan cerun yang berisiko tinggi runtuh selain ia sememangnya menjadi sandaran memandangkan syarikat itu berteraskan pembinaan infrastruktur yang mempunyai kepakaran dan teknologi dalam kerja-kerja pembaikan cerun di Malaysia.
"Kita akan terus memberi fokus utama di beberapa kawasan amat berisiko sepanjang jalan persekutuan dan jalan negeri di Semenanjung.
"Beberapa kawasan di Pantai Timur juga akan diberikan perhatian lebih antaranya laluan Cameron Highlands, Lojing, Gua Musang, dan Hulu Terengganu.
"Di utara, kawasan Wang Kelian di Perlis dan laluan Balik Pulau-Teluk Bahang di Pulau Pinang menjadi tumpuan kami. Manakala pada bahagian selatan pula, kami memberikan tumpuan kepada Kuala Pilah, Bukit Putus dan Mersing," katanya.
Ir Marhalim menjelaskan, dengan teknologi digunakan PUSB, ia bukan hanya memberi kemudahan ketika proses pembinaan cerun malah turut memberi nilai tambah dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
"Kami tidak akan berkompromi soal keselamatan, syarikat menggunakan teknologi terkini dalam pembinaan dan pemantauan cerun bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.
"Seiring dengan teknologi semasa, kaedah pemantauan menggunakan dron yang dilihat cekap bagi memastikan status dan kedudukan cerun selamat, secara tidak langsung boleh menjamin keselamatan pengguna jalan raya telah digunakan," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, kaedah manual juga tidak dilupakan ketika membuat pemantauan.
Tambahnya, PUSB menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan JKR, Jabatan Kejuruteraan Cerun dan sering bertukar pandangan membabitkan cerun berisiko.
Pada masa sama, sejak 2017, PUSB menyiapkan lebih 200 projek cerun di seluruh jalan negeri dan persekutuan di Semenanjung.
"Kerajaan mengambil serius isu runtuhan cerun dan memperuntukkan lebih RM300 juta untuk menangani masalah runtuhan cerun yang kerap berlaku ketika musim tengkujuh," katanya.
Astro Awani
Mon Oct 07 2019
Menteri Kerja Raya, Baru Bian menyerahkan sijil penghargaan kepada Ir Marhalim ketika Kongres Jalan Raya Dunia 2019 di Abu Dhabi. - Gambar PUSB
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Siasat menyeluruh insiden tanah runtuh Cameron Highlands - NGO
Reach menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.