Skip to main content

Sukan

Manchester United dapat tonik menjelang aksi Liverpool

Sumber: Manchester United
Matheus Cunha kembali menyertai sesi latihan berpasukan di Carrington menjelang pertemuan EPL menentang Liverpool di Old Trafford, malam esok. - Foto Manchester United

MANCHESTER United menerima perkembangan positif apabila penyerang Brazil, Matheus Cunha kembali menyertai sesi latihan berpasukan menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Old Trafford, malam esok.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini terlepas beberapa aksi termasuk perlawanan menentang Brentford, selepas tidak disenaraikan akibat masalah kecederaan ringan pada bahagian fleksor pinggul.

Advertisement

Pengurus sementara, Michael Carrick menjelaskan kecederaan tersebut tidak serius, namun pemain berkenaan gagal pulih tepat pada masanya untuk aksi terdahulu.

“Dia mengalami sedikit ketidakselesaan pada fleksor pinggul selepas perlawanan menentang Chelsea.

“Dia menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu tetapi tidak cukup cergas untuk diturunkan. Ia bukan kecederaan serius,” katanya.

Kehadiran semula Cunha memberi kelegaan buat United yang kembali mendapat sentuhan penting pemain berkenaan selepas dia meledak gol kemenangan ketika menentang Chelsea di Stamford Bridge, selain mencatat dua gol dan dua bantuan jaringan dalam enam aksi Liga Perdana terakhir.

United turut menerima berita positif apabila Patrick Dorgu kembali disenaraikan dalam skuad perlawanan selepas pulih daripada kecederaan.

Di pihak Liverpool, pengendali Arne Slot mengesahkan Mohamed Salah akan terlepas perlawanan, manakala penjaga gol utama, Alisson Becker turut diragui untuk diturunkan. - Sinar Harian

 

Must Watch Video