awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembayar cukai kod MISC layak dapat penangguhan bayaran - LHDN

Bernama
Bernama
10/06/2021
04:39 MYT
Pembayar cukai kod MISC layak dapat penangguhan bayaran - LHDN
Menurut LHDN, pembayar cukai yang menjalankan aktiviti perniagaan berdasarkan kepada kod MSIC namun tidak menerima pemberitahuan boleh membuat rayuan melalui e-mel. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perniagaan pengangkutan penumpang melalui udara mengikut laluan dan jadual biasa, hotel dan operator aktiviti pelancongan antara perniagaan di bawah kod Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) yang layak mendapat penangguhan pembayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dan Skim Ansuran (CP500).
Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, satu pemberitahuan melalui e-mel rasmi menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my akan dikeluarkan kepada pembayar cukai yang layak berdasarkan maklumat Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang diterima LHDN.
Menurut LHDN, pembayar cukai yang menjalankan aktiviti perniagaan berdasarkan kepada kod MSIC namun tidak menerima pemberitahuan boleh membuat rayuan melalui e-mel [email protected] atau [email protected].
Penangguhan bayaran ansuran anggaran cukai secara automatik bagi tempoh 1 April hingga 31 Dis 2021 merupakan inisiatif kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan kepada pembayar cukai yang layak.
LHDN telah menyediakan soalan lazim berkaitan Penangguhan Bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) dan Skim Ansuran (CP500) yang boleh dicapai melalui pautan versi bahasa Melayu http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/SOALAN_LAZIM_PEMERKASA_1.pdf dan versi bahasa Inggeris http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/SOALAN_LAZIM_PEMERKASA_2.pdf.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas berhubung perkara berkenaan boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Recovery Call Centre di talian 03-8751 1000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#Borang Nyata Cukai Pendapatan
#BNCP
#kod Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia
#MSIC
#PEMERKASA
#ekonomi
#cukai
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan