awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemegang saham AirAsia X lulus pelan penstrukturan semula korporat

Bernama
Bernama
01/06/2021
22:15 MYT
Pemegang saham AirAsia X lulus pelan penstrukturan semula korporat
Dalam satu kenyataan, AAX berkata kelulusan itu menandakan kejayaan besar dalam proses penyusunan semula syarikat. - Foto fail
KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) telah mendapat persetujuan daripada pemegang sahamnya untuk cadangan penstrukturan semula syarikat untuk dilaksanakan seperti dirancang berikutan proses pengundian pada mesyuarat agung luar biasa AAX pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, AAX berkata kelulusan itu menandakan kejayaan besar dalam proses penyusunan semula syarikat.
"Semua resolusi diluluskan dengan sekurang-kurangnya margin 99.8 peratus. Kelulusan ini telah diperoleh serentak dengan rundingan akhir yang diadakan dengan pemiutang," katanya.
Syarikat dan penasihat penstrukturannya, Seabury Capital yang berpusat di New York telah melakukan perbincangan aktif, produktif dengan pemajak dan pemiutang lain selepas persetujuan yang diberikan oleh mahkamah bagi mengadakan mesyuarat.
Ia dijadualkan pada akhir bulan Julai atau Ogos.
AAX komited untuk memulakan semula operasi komersial secepat mungkin selepas menyelesaikan rancangan penstrukturan dan pembukaan pintu sempadan antarabangsa, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Airasia X
#pemegang saham
#penstrukturan semula syarikat
#AAX
#penyusunan semula syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan