KUALA LUMPUR: Pengarah Penarafan Kewangan Negara dan Awam Antarabangsa, Andrew Wood berkata penarafan itu akan dibuat sekiranya ekonomi Malaysia berkembang lebih pesat (berbanding jangkaannya) selain mencatatkan prestasi fiskal lebih kukuh yang secara pantas membawa kepada kedudukan kewangan kerajaan yang lebih baik.
Beliau berkata pihaknya turut mengunjurkan ekonomi negara ini mengalami pemulihan lebih kukuh dengan merekodkan pertumbuhan 7.5 peratus tahun ini selepas mengalami penguncupan 5.6 perattus pada 2020 berikutan pandemik COVID-19.
Beliau berkata agensi penarafan itu juga menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 5.2 peratus tahun depan dan 4.6 peratus pada 2023.
Wood berkata setiap negara di dunia mengalami kemerosotan ekonomi dan Malaysia tidak terkecuali.
Beliau berkata keadaan itu mendorong defisit fisikal yang lebih tinggi iaitu sekitar enam peratus kepada KDNK 2020, berbanding angka lazim.
"Tahun ini, kami menjangkakan defisit fiskal lebih rendah di atas 5.5 peratus daripada KDNK," katanya.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan hutang kerajaan Malaysia kepada KDNK tidak akan berkurangan di bawah 60 peratus dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.
"Penarafan kami bagaimanapun berdepan tekanan sekiranya pertumbuhan ekonomi mengalami kemerosotan lebih buruk atau berlanjutan berbanding jangkaan kami, atau jika kami mendapati komitmen lebih lemah terhadap pengukuhan fiskal, satu daripada faktor itu boleh menyebabkan peningkatan hutang kerajaan keseluruhan bersih lebih pantas," katanya.
Beliau berkata tekanan penarafan menurun juga akan wujud jika perubahan hutang kerajaan keseluruhan bersih tahunan melebihi empat peratus secara berterusan, atau faedah yang dibayar oleh kerajaan melebihi 15 peratus daripada hasil.
Tekanan penarafan menurun juga boleh berlaku sekiranya wujud kemerosotan kestabilan politik sehingga penetapan dasar menjadi sukar untuk dijangkakan, katanya.
Penarafan negara di Asia-Pasifik secara amnya terus berada di antara 'BBB' dengan 'BBB+', jelas agensi itu.
Ia menjelaskan pencepatan berterusan pertumbuhan KDNK sebenar China memberi kelegaan kepada rantau ini.
Eksport yang semakin meningkat ke China adalah manfaat yang paling cepat diraih oleh negara-negara susulan pemulihan ekonomi negara itu, menurutnya.
"Sama penting, ia merupakan bukti bahawa langkah sukar yang dilaksanakan kerajaan di negara-negara rantau ini untuk mengekang pandemik membawa manfaat ekonomi yang amat bermakna.
"Ini adalah kewajaran terhadap penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka yang masih dikuatkuasakan dalam kalangan penduduk yang mulai rimas dengan prosedur ini," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021
Agensi penarafan itu juga menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 5.2 peratus tahun depan dan 4.6 peratus pada 2023. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
S&P semak semula prospek penarafan kredit berdaulat Malaysia kepada stabil, unjur KDNK berkembang 6.1 peratus pada 2022
S&P semak semula prospek penarafan kredit berdaulat Malaysia kepada stabil, unjur KDNK berkembang 6.1 peratus pada 2022 - Tengku Zafrul
Penarafan Malaysia mungkin disemak kepada unjuran 'stabil' daripada 'negatif' - Standard and Poor's
Agensi penarafan itu juga menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 5.2 peratus tahun depan dan 4.6 peratus pada 2023.
Bursa AS catat kejatuhan, pelabur risau pemulihan ekonomi
Saham di pasaran Amerika Syarikat (AS) jatuh untuk hari kedua berturut turut selepas pelabur terus risau berkenaan pemulihan yang perlahan dalam ekonomi.
Saham pasaran AS catat sedikit peningkatan
Antara saham yang mencatatkan kenaikan termasuk Microsoft yang naik 2.4 peratus.
S&P sahkan penarafan A ke atas Sarawak, prospek stabil
Per kapita KDNK negeri itu tinggi untuk rantau ini, tetapi masih rendah berdasarkan standard antarabangsa, terutamanya dengan ringgit yang lemah.
S&P sahkan penarafan mata wang tempatan dan asing Malaysia
Ia juga mengesahkan penarafan skala rantau ASEAN 'axAAA/axA-1' bagi Malaysia.