KUALA LUMPUR: Sektor utiliti dijangka mengekalkan pendapatan dan aliran tunai yang stabil sepanjang 2024, disokong oleh permintaan yang kukuh, dijamin oleh Peraturan Berasaskan Insentif dan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (IBR/ICPT), berserta perjanjian jangka panjang.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata, walaupun terdapat kesan margin bahan api negatif terhadap pendapatan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam tempoh sembilan bulan 2023 (9M23), aliran tunai TNB kekal stabil, dengan jangkaan pendapatan kembali normal pada 2024 apabila harga tenaga stabil.
"Dalam jangka panjang, pendapatan TNB diunjur berkembang dengan pengembangan asas aset terkawal (RAB) dan sumbangan baharu daripada pelaburan tenaga boleh diperbaharui," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Firma penyelidikan itu turut meramalkan Petronas Gas Bhd mencatat pendapatan mampan pada 2024, memandangkan segmen pemprosesan gas telah memperoleh perjanjian baharu dengan syarikat induk Petronas bermula 2024 hingga 2029.
Selain itu, firma tersebut menjangkakan YTL Power International Bhd mengekalkan pendapatan kukuh pada suku-suku akan datang, disokong oleh prestasi kukuh dan margin segmen runcit Singapura, sumbangan baharu daripada Jordan Attarat, kestabilan prestasi Jawa Power dan pemulihan UK Wessex berikutan penurunan tekanan inflasi.
HLIB menjangkakan kestabilan konsisten dalam dividen, dengan TNB menawarkan 55 sen sesaham, Petronas pada 72 sen sesaham dan YTL Power menyediakan pembayaran dividen yang lebih tinggi sebanyak 10 sen sesaham.
Firma berkenaan juga yakin terhadap kerajaan dalam mengekalkan komitmen mereka terhadap mekanisme RAB/ICPT bagi mengekalkan keyakinan pelabur terhadap dasar kerajaan semasa dan akan datang.
“Kami mengekalkan penarafan ‘overweight’ terhadap sektor utiliti, dengan saranan 'beli' untuk YTL Power (harga sasaran [TP]: RM3.90) dan TNB (TP: RM11), dan 'pegang' untuk Petronas Gas ( TP: RM17.75)," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Jan 08 2024
Sektor utiliti dijangka mengekalkan pendapatan dan aliran tunai yang stabil sepanjang 2024, disokong oleh permintaan yang kukuh, dijamin oleh (IBR/ICPT), berserta perjanjian jangka panjang. -Gambar fail/Dagang News
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Pendapatan sektor utiliti diunjur berkembang stabil sepanjang 2024 disokong permintaan kukuh
Pendapatan sektor utiliti diunjur berkembang stabil sepanjang 2024 disokong permintaan kukuh