Institut Akauntan Malaysia (MIA) mengenal pasti pendigitalan dan penguatkuasaan merupakan dua isu utama yang perlu ditangani dalam usaha meningkatkan keberkesanan, kerelevanan dan kemampanan profesion itu.
Presiden, Salihin Abang berkata MIA turut mendapati perakaunan semakin berasaskan awan dan dijana oleh data raya, dan prosesnya menjadi lebih cekap dan mudah alih.
"Hasilnya, akauntan mengalami anjakan paradigma dalam peranan dan cara kita melaksanakan sesuatu," katanya semasa makan malam gala sempena ulang tahun MIA kali ke-50 di sini, pada Sabtu.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berkenan berangkat ke majlis itu.
Salihin berkata, cabaran seterusnya yang dihadapi profesion itu adalah dalam bentuk kodifikasi dan keperluan pengetahuan profesional, automasi proses dan metodologi serta kecenderungan ke arah bergantung penuh kepada kepintaran buatan.
Semua peralihan itu akan memacu peningkatan permintaan bagi akauntan yang memiliki kecekapan teknologi serta berfikiran kritikal serta berkemahiran tafsiran data.
"Kami juga telah menubuhkan Pasukan Ekonomi Digital untuk mengkaji kesan teknologi ke atas profesion perakaunan di Malaysia, dan kami menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Digital MIA untuk merancang strategi digital dan panduan pelaksanaan usaha digital.
"Inisiatif ini akan menggantikan Sistem Maklumat Keanggotaan MIA dan mendigitalkan bahan latihan untuk meningkatkan kewibawaan dan kepuasan anggota kami," katanya.
Bagi aspek penguatkuasaan, Salihin berkata, langkah utama adalah melantik ketua baharu bagi jawatan yang baru diperkenalkan iaitu Pengarah Eksekutif Pemantauan dan Penguatkuasaan.
Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MIA sedang melaksanakan perubahan untuk mempercepatkan prosedur siasatan dan tatatertib - seperti Semakan Amalan - dalam lingkungan skop semasa Akta Akauntan 1967
"Selain itu kami bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menangani masalah akauntan palsu. Pencapaian lain termasuk penyiapan semakan dan amalan prosedur operasi standard yang telah dipertingkatkan dengan penanda aras ISO bagi pemantauan dan penguatkuasaan," katanya.
MIA bermula dengan 1,619 anggota akauntan bertauliah Malaysia pada 1980 dan kini mempunyai 34,000 akauntan yang mendaftar dengan institusi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2017
MIA mengenal pasti pendigitalan dan penguatkuasaan merupakan dua isu utama yang perlu ditangani dalam usaha meningkatkan keberkesanan profesion itu.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham
Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.
Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.
Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.
MIA lantik presiden, naib presiden baharu
Mohamad Zabidi dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 15 Dis, menggantikan Datuk Bazlan Osman yang tempoh perkhidmatan berakhir pada 30 Nov.
Akauntan ditipu menang wang, kad kredit digunakan individu tidak dikenali
Mangsa menerima mesej menerusi akaun Facebook memaklumkan telah memenangi wang daripada sebuah syarikat platform beli-belah dalam talian.
Eksport Malaysia raih manfaat menerusi permintaan import dari China
Pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan berikutan permintaan global yang lembap sekarang, kadar pengangguran tinggi dan jumlah pelaburan yang rendah.
Akauntan mengaku tidak bersalah 143 tuduhan pecah amanah
Nurul Husna Atiqah Shuib, 32 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Presiden baharu Petronas Tengku Taufik berpengalaman luas dalam sektor minyak dan gas
Pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
SST 2.0 perlu jadi satu revolusi, kata akauntan
Beliau berkata, walaupun SST adalah cukai yang sudah biasa - hari-hari menjelang pelaksana cukai tersebut buat kali kedua telah dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan.
Miliki cap palsu imigresen: Akauntan warga Pakistan dipenjara, sebatan
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Qayyum, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Melayu.