MAKKAH: Platform mobiliti bersepadu Arab Saudi yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Penjagaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, memudah cara pergerakan jemaah yang melawat Masjidil Haram dengan menawarkan pelbagai pilihan pengangkutan untuk melaksanakan Tawaf dan Sa'i, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Platform itu membolehkan pengguna menempah perkhidmatan pengangkutan secara elektronik, sekali gus membantu menyusun proses tempahan, mempermudah akses serta menjimatkan masa dan tenaga.
Pilihan pengangkutan yang disediakan termasuk kart percuma bagi mereka yang layak, kart elektrik, dan kart manual ditambah baik yang dikendalikan di bawah pengawasan kakitangan terlatih.
Pihak berkuasa memberikan penekanan khusus kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU), dengan menyediakan pilihan pengangkutan yang membolehkan mereka melaksanakan Tawaf dan Sa'i dengan mudah, sebagai sebahagian daripada ekosistem perkhidmatan yang lebih luas yang direka untuk memenuhi keperluan khusus jemaah dalam persekitaran yang selamat dan mudah diakses.
-- BERNAMA-SPA