Skip to main content

Dunia

Korea Selatan tarik balik sebahagian kakitangan diplomatik dari Ukraine

Keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira kesukaran untuk menjamin keselamatan kakitangan kedutaan ekoran ancaman serangan udara yang berterusan di Ukraine. - Gambar fail
Keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira kesukaran untuk menjamin keselamatan kakitangan kedutaan ekoran ancaman serangan udara yang berterusan di Ukraine. - Gambar fail

Advertisement

SEOUL: Korea Selatan memutuskan untuk menarik balik sebahagian kakitangan diplomatiknya dari Ukraine susulan ancaman serangan udara yang berterusan di seluruh negara itu serta pertikaian diplomatik antara kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar Korea Selatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Jurucakap kementerian itu, Park Doo-soon berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira kesukaran untuk menjamin keselamatan kakitangan kedutaan ekoran ancaman serangan udara yang berterusan di Ukraine.

Beliau berkata, keputusan itu turut mengambil kira ketiadaan langkah proaktif daripada pihak Ukraine meskipun Korea Selatan telah memanggil pulang dutanya dari negara berkenaan.

Pada awal bulan ini, Kementerian Luar Korea Selatan mengumumkan keputusan memanggil pulang dutanya dari Kyiv, sambil menyatakan harapan agar pelbagai isu tertunggak antara kedua-dua negara dapat diselesaikan dengan baik.

Korea Selatan mengambil langkah diplomatik lebih tegas susulan pertikaian berhubung tindakan Ukraine mendedahkan kepada umum maklumat mengenai penghantaran pulang tawanan perang Korea Utara ke Korea Selatan.

Bagaimanapun, Park berkata, hubungan komunikasi diplomatik penting antara kedua-dua negara akan terus dikekalkan melalui pemangku duta.

Beliau berkata, semua kakitangan konsular akan kekal di Ukraine bagi memastikan perlindungan dan keselamatan rakyat Korea Selatan yang berada di negara itu.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement