KUALA LUMPUR: Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif kumpulan itu yang berkuat kuasa Rabu.
Beliau yang menyambut ulang tahun ke-71 pada bulan lepas, akan menggalas tugas sebagai penasihat dan memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah selain menyokong pertumbuhan kumpulan, kata BCorp dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Perubahan lain Lembaga Pengarah yang menampilkan barisan baharu dengan kesemuanya wanita termasuk Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Vivienne Cheng Chi Fan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Bersama.
Menurut kumpulan itu, Nerine Tan Sheik Ping dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Bersama; Norlela Baharudin sebagai Pengarah Eksekutif; Chryseis Tan Sheik Ling selaku Pengarah Eksekutif; Dr. Jayanti Naidu G. Danasamy sebagai Pengarah Bukan Eksekutif; Penelope Gan Paik Ling sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Datuk Leong Kwei Chun sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.
Kesemua perubahan itu berkuat kuasa pada 1 Mac, 2023.
Mengulas perubahan itu, Vincent menyifatkan barisan baharu Lembaga Pengarah BCorp sebagai paparan komitmen kumpulan untuk mengetengahkan usasha pemerkasaan wanita di tempat kerja.
"Saya yakin dengan keupayaan wanita dalam Lembaga Pengarah ini dalam mengemudi kumpulan ini ke tahap lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata tugas sebagai penasihat itu memerlukannya untuk terus terbabit dalam aktiviti kumpulan serta perniagaannya dan pada masa sama dapat menumpukan kepada yayasan kebajikannya, Yayasan MyFirst Home.
"Saya amat teruja dengan usaha mencari penyelesaian bagi membantu kalangan B40 memiliki rumah sendiri dan inilah alasan utama saya menubuhkan Yayasan MyFirst Home dengan sumbangan peribadi RM5 juta bagi pembiayaan kos permulaan serta operasi," katanya.
Dalam pada itu, kumpulan berkenaan turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Berjaya Land Bhd (B-Land) dan Tan Peng Lam sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif B-Land, juga berkuat kuasa 1 Mac, 2023.
Selain itu, Syed Ali Shahul Hameed dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan B-Land dan Datuk Abdul Rahim Md Zin sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan B-Land manakala Datuk Robert Yong Kuen Loke kekal berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif B-Land.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023

Vincent Tan akan menggalas tugas sebagai penasihat dan memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah selain menyokong pertumbuhan kumpulan. - Gambar fail/BERNAMA

Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!
Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada.

Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.

Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.

Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews

PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

'Saya bertanggungjawab dedah isu ketirisan pentadbiran PH' - Sanusi
Muhammad Sanusi memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa beliau mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan isu ketirisan dalam pentadbiran ahli politik PH dan BN.

Amirudin fail saman fitnah terhadap Sanusi
Saman difail berhubung dakwaan Sanusi bahawa Amirudin terbabit skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan membabitkan projek pembersihan Sungai Klang.

Perbicaraan kes fitnah Vincent Tan, Sanusi 25 Oktober
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes saman fitnah Pengasas Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada 25 Oktober.

Vincent Tan, Berjaya Land saman Sanusi isu tanah Kerajaan Selangor
Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad mengemukakan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Projek Sungai Klang: 'Ini cerita sensasi sempena PRN saja' - Amirudin
Amirudin memaklumkan isu yang ditimbulkan sudah diperjelaskan beberapa kali semasa ia dibangkitkan di Dewan Negeri.

Berjaya-Naza saman MoF: SPRM digesa siasat kontrak pembekalan kenderaan kerajaan
SPRM digesa siasat penamatan surat hasrat (LOI) pembekalan kenderaan kerajaan yang berlaku ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Vincent Tan lepaskan KV Kortrijk
Menurut laman web rasmi kelab KV Kortrijk, Vincent mengucapkan selamat berjaya kepada Maciek Kaminski dan keluarganya.