Skip to main content

Teknologi

Google Search kini tampil dengan panel sisi ala ChatGPT, Gemini

Ciri terbaharu yang diperkenalkan susulan fasa ujian sejak bulan lalu itu membolehkan pengguna yang log masuk ke akaun Google mengakses serta menyambung semula sesi carian AI Mode terdahulu dengan satu klik tanpa perlu mengulangi pertanyaan dari awal. -Foto Amanz
Ciri terbaharu yang diperkenalkan susulan fasa ujian sejak bulan lalu itu membolehkan pengguna yang log masuk ke akaun Google mengakses serta menyambung semula sesi carian AI Mode terdahulu dengan satu klik tanpa perlu mengulangi pertanyaan dari awal. -Foto Amanz

Ringkasan AI

  • Google melancarkan panel sisi baharu pada halaman utama enjin carian untuk memaparkan sejarah carian AI secara terus kepada pengguna desktop global.
  • Ciri ini membolehkan pengguna log masuk mengakses dan menyambung semula sesi carian AI terdahulu dengan satu klik tanpa mengulangi pertanyaan.
  • Panel sisi turut membolehkan permulaan perbualan baharu, pencarian topik lama dan integrasi dengan Gemini Notebook untuk pengalaman antara muka lebih interaktif.
Advertisement

MOUNTAIN VIEW: Google secara rasmi mula melancarkan panel sisi boleh lipat baharu pada halaman utama enjin cariannya bagi pengguna desktop di seluruh dunia yang memaparkan sejarah carian kecerdasan buatan (AI) secara terus, lapor Amanz.

Ciri terbaharu yang diperkenalkan susulan fasa ujian sejak bulan lalu itu membolehkan pengguna yang log masuk ke akaun Google mengakses serta menyambung semula sesi carian AI Mode terdahulu dengan satu klik tanpa perlu mengulangi pertanyaan dari awal.

Perubahan berkenaan memberikan gambaran jelas mengenai hala tuju Google Search pada masa hadapan apabila semakin ramai pengguna memanfaatkan enjin carian itu untuk sesi penyelidikan yang lebih panjang dan melibatkan pelbagai soalan susulan.

Advertisement

Dalam situasi sedemikian, akses pantas kepada sejarah carian dan perbualan terdahulu dilihat semakin penting bagi memastikan proses penerokaan maklumat di web berjalan lebih lancar.

Panel sisi di bahagian kiri skrin itu turut membolehkan pengguna memulakan perbualan baharu, mencari topik carian lama serta menghubungkan ciri penyelidikan Gemini Notebook, sekali gus menampilkan pengalaman antara muka yang menyerupai platform ChatGPT dan Gemini.

Advertisement

Robby Stein, Naib Presiden Produk bagi Google Search, berkata hasil ujian mendapati panel sisi tersebut membantu pengguna meneruskan carian berbilang langkah dengan lebih mudah dan kini mula diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna desktop di seluruh dunia.

Must Watch Video

Advertisement