KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) membantah gesaan yang dibuat oleh pihak tertentu untuk membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan dana tambahan daripada akaun persaraan mereka, menyatakan bahawa pengeluaran tersebut perlu berteraskan alasan ekonomi yang kukuh.
"KWSP tidak dirangka untuk menangani bencana dan pandemik, sebaliknya, ia bertujuan memastikan pencarumnya menikmati kehidupan yang baik selepas bersara.
"Ini ditambah lagi dengan hakikat bahawa Malaysia dijangka lebih cepat mencapai taraf masyarakat menua.
"Malaysia hanya tinggal sembilan tahun untuk menjadi negara menua pada 2030 dan pengeluaran KWSP seterusnya akan memberi tekanan tambahan kepada kos penjagaan kesihatan pada masa depan, jaminan pendapatan dan aliran pendapatan selepas persaraan," katanya dalam kenyataan.
MIER berkata demikian sebagai respons kepada pihak tertentu yang menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran i-Citra sekali sahaja sebanyak RM10,000 untuk pencarum yang terjejas akibat banjir di negara ini.
Pada Ahad, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata KWSP tidak seharusnya dilihat sebagai penyelesaian atau langkah untuk mengatasi cabaran berikutan ini akan menjejaskan simpanan persaraan pencarum, terutamanya apabila Malaysia dijangka mencapai status negara menua menjelang 2030.
MIER berkata skim pengeluaran yang dimulakan kerajaan, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, berjumlah RM101 bilion, walaupun dapat memberikan sedikit bantuan kewangan, telah menyebabkan pengurangan dana persaraan yang kritikal bagi sebahagian besar ahli KWSP.
"Pengeluaran besar-besaran itu menyebabkan sebanyak 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka, dengan 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000 dalam dana persaraan mereka.
"Tahap ini ternyata jauh daripada nilai ambang sebanyak RM240,000 sebagai simpanan menjelang umur 55 tahun untuk ahli menikmati persaraan yang baik," katanya.
MIER menegaskan bahawa tiga skim pengeluaran KWSP sebelum ini merupakan langkah jangka pendek, yang perlu dielak sejak awal lagi dan tidak boleh diulang.
"Bagi menangani kekangan fiskal jangka pendek yang dihadapi rakyat Malaysia, terdapat justifikasi ekonomi yang kukuh untuk kerajaan menyediakan bantuan tunai tanpa syarat yang mencukupi kepada isi rumah dan syarikat," katanya.
MIER mencadangkan langkah jangka panjang adalah penting untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan, iaitu kadar caruman KWSP majikan boleh diselaraskan tanpa menambah beban kos buruh majikan.
"Kerajaan boleh meningkatkan sedikit kadar caruman majikan untuk pekerja melebihi had nilai ambang tertentu dan pada masa sama menurunkan kadar untuk mereka di bawah paras nilai ambang," katanya.
MIER berkata kerajaan perlu mempertimbangkan strategi perlindungan sosial dan jaringan keselamatan sosial yang lebih luas, iaitu perlu ada pelan dan skim luar jangka yang boleh dimulakan dalam menghadapi bencana dan krisis lain.
"Kejadian baru-baru ini telah mengajar kita bahawa kita, sebagai sebuah negara, tidak boleh leka berdasarkan kecemasan dan bencana lain yang tidak dijangka boleh berlaku. Beban daripada kejadian ini lazimnya paling teruk dirasai oleh mereka yang kurang bersedia untuk menghadapinya, dan mereka memerlukan sokongan kerajaan untuk membina semula kehidupan mereka.
"Dana bantuan bencana juga perlu dipertimbangkan. Pada masa sama, liputan dan perlindungan sosial yang mencukupi, terutamanya terhadap mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang berada dalam sektor tidak formal, perlu diperkukuh," menurut badan pemikir ekonomi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
MIER berkata skim pengeluaran yang dimulakan kerajaan, berjumlah RM101 bilion, walaupun memberi sedikit bantuan kewangan, telah menyebabkan pengurangan dana persaraan yang kritikal bagi sebahagian besar ahli KWSP.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.
Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful
Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan permohonan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan secara bersasar.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.