awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluaran tandan buah segar Felda mengatasi purata kebangsaan

Bernama
Bernama
20/09/2018
10:53 MYT
Pengeluaran tandan buah segar Felda mengatasi purata kebangsaan
Megat Zaharuddin ketika menjawab pertanyaan media pada sidang media bersama Pengerusi FELDA di Menara Felda, Kuala Lumpur, 20 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Pengeluaran tandan buah segar (FFB) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melebihi purata kebangsaan sebanyak 20 tan sehektar, kata Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.
"Ramai yang berkata tuaian kami rendah, ia tidak benar. Kami masih belum setanding dengan syarikat lain, tetapi FFB kami adalah lebih tinggi daripada purata kebangsaan," katanya kepada pemberita pada taklimat khas di sini, hari ini.
Megat Zaharuddin berkata, agensi kerajaan menetapkan sasaran pengeluaran 24 tan sehektar pada asas tahunan untuk industri perladangan.
"Cabaran kami adalah bekerja rapat dengan peneroka supaya dapat mencapai sasaran 24 tan secepat mungkin. Jika kita dapat memperbaiki FFB satu tan sehektar bayangkan perolehan yang akan diterima," tambahnya.
"Mana-mana syarikat yang boleh mencapai sasaran ini secara mampan akan berada dalam keadaan yang baik tidak kira berapa harga minyak sawit mentah (MSM)," jelasnya
Harga fizikal MSM untuk September adalah RM2,170 setan pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FBB
#Felda
#harga
#harga minyak
#industri perladangan
#Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor
#minyak sawit mentah
#MSM
#perolehan
#tandan buah segar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan