ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 November 2026.
Pemegang jawatan dan pemimpin perlu junjung integriti, jauhkan kepentingan diri - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatkan para pembesar, pemegang jawatan, dan pemimpin agar menjunjung tinggi integriti, menjauhkan kepentingan diri, serta memastikan rintihan rakyat sampai kepada pengetahuan pemerintah supaya keadilan sentiasa terpelihara.
Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua pada Ahad.
PRN Melaka: Ab Rauf umum Isnin cuti khas tanda penghargaan kepada rakyat
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan Isnin, 16 Nov, sebagai cuti khas negeri sempena kemenangan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Abang Rita Rudaini meninggal dunia selepas rebah ketika bertugas
Abang sulung kepada pelakon Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar, dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
PRN Melaka: PH ambil iktibar, adakan 'post-mortem' minggu ini - Fahmi
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dijadualkan bermesyuarat minggu ini bagi menjalankan penilaian awal susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Zahid tegaskan BN tidak akan bertanding di PRN Sarawak
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak susulan persefahaman politik yang telah lama terjalin antara UMNO, BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM3,000
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM3,000 kepada penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.
Kerajaan teliti syarat pengesahan nombor telefon WhatsApp bagi kekang scam – Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran mewajibkan WhatsApp mengesahkan nombor telefon yang dipautkan kepada akaun pengguna sebagai langkah membendung penyalahgunaan aplikasi berkenaan untuk kegiatan penipuan atau scam.
Akta Perkhidmatan Parlimen bukti komitmen reformasi institusi - Anwar
Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen mencerminkan kesediaan kerajaan Madani melakukan reformasi institusi dengan mengembalikan autonomi pentadbiran Parlimen selepas lebih tiga dekad.
JAS siasat bacaan IPU tinggi di Batu Muda
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan pemantauan menggunakan dron serta peralatan pemantauan kualiti udara tambahan bagi menyiasat perbezaan ketara bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) antara Stesen Batu Muda dan Stesen Cheras.