awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggantungan projek ECRL tidak jejas dagangan, pelaburan Malaysia-China

Bernama
Bernama
05/07/2018
09:29 MYT
Penggantungan projek ECRL tidak jejas dagangan, pelaburan Malaysia-China
Malaysia masih menjadi hab utama yang semua orang mahu terlibat, kata Darell. - Foto BERNAMA
Apa-apa keputusan yang diambil berhubung projek kontroversi Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak akan menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking.
"Masih terdapat hubungan perdagangan yang baik dengan China serta semua negara lain.
"Malaysia masih menjadi hab utama yang semua orang mahu terlibat," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri sesi "Tech Tarik Talk" dengan pemain industri Revolusi Industri 4.0.
Menurut Leiking, banyak industri di Malaysia kini membekalkan produk ke seluruh dunia.
"Terdapat beberapa komponen yang dihasilkan di Malaysia dan dieksport kerana ia diperlukan di seluruh dunia.
"Ini bermakna kita adalah komponen yang sangat penting di seluruh dunia," katanya.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah memaklumkan kepada China Construction Construction Company (CCCC), kontraktor bagi projek ECRL, untuk menggantung kerja di projek keretapi 688.3 km dengan alasan kepentingan negara.
Penggantungan itu dibuat sehari selepas Kementerian Kewangan menyatakan bahawa kos akhir projek ECRL adalah RM81 bilion dan CCCC perlu mengurangkan kos pembinaan dengan ketara untuk menjadikannya berdaya maju dari segi kewangan.
Projek itu telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini pada 21 Oktober 2016 sementara perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ditandatangani dengan CCCC pada 1 November 2016.
Topic Berkaitan
#China
#Darell Leiking
#ECRL
#ekonomi
#landasan kereta api
#Landasan Keretapi Pantai Timur
#pelaburan
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan