Skip to main content

Malaysia

Dua beranak rentung dalam kebakaran di Batu Pahat

Dua mangsa dipercayai ibu dan anak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, awal pagi Jumaat. -Foto Sinar Harian
Dua mangsa dipercayai ibu dan anak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, awal pagi Jumaat. -Foto Sinar Harian

Ringkasan AI

  • Dua beranak ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Parit Raja, awal pagi tadi.
  • Kebakaran memusnahkan 70 peratus struktur rumah dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 7.18 pagi.
  • Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Advertisement

BATU PAHAT: Dua beranak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 2.50 pagi.

“Dua Fire Rescue Tender, sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan utiliti dengan kekuatan 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam serta Penggaram dihantar ke lokasi kejadian. 

Advertisement

“Kebakaran itu memusnahkan 70 peratus struktur rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40 x 70 kaki persegi dan operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran dengan sumber air daripada tangki pam jentera," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, dua mangsa dipercayai ibu dan anak ditemukan rentung di bilik utama rumah berkenaan, namun jantina dan umur masih belum dikenal pasti.

Advertisement

Pasukan keluaran operasi tersebut menyerahkan kes berkenaan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.18 pagi.

Bagaimanapun, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement