Peniaga di Greece berharap diskaun yang ditawarkan akan mampu meningkatkan minat pengguna untuk berbelanja.

Menjelang jualan musim sejuk, peniaga di Greece mula memaparkan tanda potongan di perniagaan masing-masing.

Menurut pemilik kedai pakaian di tengah Athens, musim jualan adalah penting untuk mendapatkan kembali perniagaan yang hilang akibat kurangnya kuasa membeli.

Tambah mereka, dengan cuaca yang baik, jualan yang tinggi dijangka akan dicatatkan. Menurut persatuan perniagaan, musim sebelum dan semasa cuti perayaan menyaksikan jumlah jualan yang rendah berbanding 2011.

Tambahnya, peniaga ketika ini tidak berharap untuk mencatatkan keuntungan yang tinggi namun hanya ingin mengurangkan stok yang disimpan.