KUALA LUMPUR: Penutupan operasi kilang pembuatan sarung tangan getah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan pelanggan beralih membeli di negara pengeluar lain seperti Thailand dan China.
Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Holdings Berhad, Kuan Mun Leong berkata, pihaknya terkena impak kepada perniagaan, dari segi kerugian kapasiti iaitu kira-kira 5% daripada jumlah keseluruhan kapasiti tahunan Hartalega.
Oleh demikian kata beliau, amat penting bagi Malaysia untuk terus menyediakan persekitaran operasi kondusif bagi sektor sarung tangan getah kerana pengeluar di China kini secara agresif meningkatkan kapasiti keluaran mereka.
Menurutnya, penguasaan pasaran global China dari segi pembekalan sarung tangan getah dianggarkan meningkat sehingga 23% pada 2022 daripada 16% pada masa ini, manakala penguasaan Malaysia menyusut ke paras 60% berbanding 67% sekarang.
“Masa hadapan sektor sarung tangan adalah penting bagi Malaysia kerana kita adalah peneraju dunia. Namun kini berdepan dengan persaingan dari China, kita berharap kerajaan memberikan kita sokongan sewajarnya supaya negara ini kekal sebagai peneraju,’’ katanya.
Kuan berkata demikian dalam taklimat media secara maya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Hartalega di sini semalam.
Beliau berkata, buat pertama kali di negara, kilang-kilang sarung tangan getah yang terletak di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan beroperasi kerana tidak diiktiraf sebagai barangan penting semasa pandemik.
Menurut beliau, pihaknya diwajibkan membuat saringan COVID-19 ke atas pekerja kilang setiap dua minggu dan ini dianggap menganggu serta sulit untuk dilaksanakan.
“Kami sepatutnya boleh beroperasi pada kapasiti 100% kerana 90% pekerja kami sudah divaksinasi tetapi saringan wajib setiap dua minggu adalah sukar.
"Jadi kami masih berunding dengan kerajaan untuk mencari kaedah yang lebih sesuai, terutama dengan langkah kerajaan untuk memasuki fasa endemik COVID-19 ini,’’ kata beliau.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Sep 07 2021
Kuan berkata, buat pertama kali di negara, kilang-kilang sarung tangan getah yang terletak di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan beroperasi kerana tidak diiktiraf sebagai barangan penting semasa pandemik. - Gambar hiasan
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Hartalega catat kerugian bersih RM218 juta
Hartalega Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM218.04 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 berbanding keuntungan bersih RM3.23 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2024.
Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI
Sektor sarung tangan getah dijangka terus berdepan tekanan ASP, yang diburukkan lagi dengan kos operasi lebih tinggi.
Penutupan kilang sarung tangan getah akibatkan pelanggan lari ke China, Thailand - Hartalega
Malaysia berdepan saingan kerana ketika ini pengeluar sarung tangan getah di China secara agresif meningkatkan kapasiti keluaran mereka.
Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik
Saham syarikat pembuat sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corporation Bhd diniagakan tinggi hari ini.