awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbelanjaan isi rumah Jepun pada November dijangka lepasi sasaran

Najib Aroff
Najib Aroff
26/12/2017
07:12 MYT
Perbelanjaan isi rumah Jepun pada November dijangka lepasi sasaran
Inflasi Jepun berada paras rendah berbanding sasaran dua peratus - Foto Fail
Perbelanjaan isi rumah Jepun bagi bulan November dijangka melepasi sasaran manakala kadar inflasi dijangka meningkat sedikit dengan kadar pengangguran mencecah paras 24 tahun terendah.
Menurut laporan Reuters, ia sekaligus memberikan bank pusat harapan baharu untuk pemulihan gergasi ekonomi ketiga terbesar dunia itu dalam mencapai inflasi dua peratus.
Peningkatan harga banyak disokong peningkatan kos bahan bakar namun trend itu dilihat memperlahan menjelang akhir 2018, sekaligus memberikan tekanan ke atas Bank of Japan untuk mengekalkan sokongan monetari besar.
Dalam mesyuarat BOJ pada Oktober menunjukkan meskipun pembuat dasar melihat tiada keperluan meningkatkan pakej rangsangan dalam ekonomi, namun kesemua mereka setuju untuk mengekalkan kelonggaran dasar monetari yang kuat untuk beberapa tempoh akan datang.
“Wujud kemungkinan inflasi pada kadar sederhana bagi tahun fiskal bermula April, namun ia masih rendah berbanding sasaran BOJ pada 2 peratus,” kata Ketua Pakar Ekonomi Institut Kajian Norinchukin, Takeshi Minami.
Dalam pada itu, Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata, ekonomi Jepun berkembang pada kadar kecil dan konsisten ketika berdepan tempoh deflasi yang panjang,
Aso menegaskan, Jepun berdepan deflasi lebih sedekad susulan dasar kerajaan dan bank pusat yang disifatkan tidak sesuai dengan ekonomi negara itu.
Tambahnya Langkah kelonggaran monetari yang dilakukan oleh Jepun sebelum ini menyebabkan nilai Yen melemah.
Topic Berkaitan
#Bank of Japan
#Bank pusat Jepun
#boj
#Inflasi Jepun
#Norinchukin Research Institute
#Taro Aso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan