KUALA LUMPUR: Prospek industri pelancongan negara dijangka cerah dengan landskap ekonomi lebih positif serta peluang meraih manfaat besar susulan keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri mulai hari ini, kata pakar ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah membabitkan kalangan dewasa yang mendapat vaksinasi lengkap itu akan turut menyaksikan 2022 sebagai tahun lebih baik berbanding 2021 apabila rakyat perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada pertengahan tahun ini.
"Industri pelancongan akan meraih manfaat dengan pantas. Pada tahun lepas misalnya, perbelanjaan pelancongan domestik merundum ke paras RM40.4 billion berbanding RM103.2 billion pada 2019.
"Justeru, tempoh suku keempat tahun ini akan menyaksikan pertumbuhan lebih baik berbanding suku ketiga dengan bermulanya kebenaran merentas negeri itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga menyifatkan keputusan kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sebagai penting dari segi memastikan kelangsungan hidup rakyat, ekonomi negara serta kesihatan awam.
Menurutnya, pandemik COVID-19 terbukti memberi impak ketara sehinggakan banyak perniagaan dibebani masalah kewangan serta terpaksa ditutup manakala terdapat golongan berpendapatan tinggi atau T20 yang sebaliknya kini menjadi kelompok berpendapatan sederhana atau M40.
"Ia juga bertepatan dengan langkah untuk membangkitkan semula ekonomi tempatan yang telah malap akibat pelaksanaan kawalan pergerakan bagi jangka tempoh yang lama.
"Saya menjangkakan sektor penyediaan makanan, peruncitan dan perhotelan itu akan bangkit semula serta mampu mencetuskan rantaian pemerkasaan sektor ekonomi secara menyeluruh," katanya.
Mohammad Tawfik juga mengunjurkan peningkatan pendapatan menyeluruh sektor-sektor terbabit dianggarkan mencecah kira-kira 75 peratus dalam tempoh seminggu hingga dua minggu ini.
Ini berikutan terdapat kekangan seperti pembukaan sektor penerbangan secara berperingkat dari segi domestik dan ke luar negara, syarikat atau premis yang perlu merancang semula strategi perniagaan serta langkah berhati-hati industri untuk menambah bilangan pekerja, katanya.
"Pengumuman semalam tidak hanya terhad kepada sektor-sektor tertentu sebaliknya melibatkan pembukaan secara sepenuh termasuk pelancongan yang kini tiada lagi gelembung pelancongan.
"Langkah itu mampu memacu ekonomi sekali gus akan meningkatkan unjuran peningkatan pendapatan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng menyifatkan kebenaran pergerakan rentas negeri itu sebagai berita yang dinantikan rakyat untuk kembali kepada kehidupan biasa dalam aktiviti sosial, perniagaan dan ekonomi negara.
Malah, katanya, ini turut menggambarkan aspek keyakinan apabila tahap vaksinasi golongan dewasa lengkap dengan kemungkinan penularan semula virus itu kini kurang ketara atau boleh menyebabkan ekonomi terpaksa ditutup.
"Meskipun ramai pengguna dan petugas barisan hadapan kekal berwaspada terhadap risiko jangkitan virus berkenaan, namun pembukaan semula ekonomi sepenuhnya adalah penting bagi mencapai pemulihan ekonomi yang lebih mampan serta peralihan ke fasa (endemik) untuk hidup bersama virus itu," katanya.
Yeah bagaimanapun menekankan kepentingan untuk memacu perbelanjaan domestik bagi meningkatkan pemulihan ekonomi yang setakat ini terus giat menerusi aktiviti eksport yang kukuh.
"Sektor domestik yang telah terjejas akibat sekatan pergerakan membabitkan sosial dan perniagaan seperti runcit, makanan dan minuman, pengangkutan, perjalanan, industri berkaitan hospitaliti dan pelancongan dijangka menyaksikan perkembangan positif dalam bulan-bulan akan datang.
"Usaha rangsangan perbelanjaan secara beransur-ansur ini adalah susulan sikap pengguna yang lebih mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' berikutan jumlah kes jangkitan COVID-19 masih tinggi walaupun kian berkurangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
Keputusan kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sebagai penting dari segi memastikan kelangsungan hidup rakyat, ekonomi negara serta kesihatan awam. - Gambar fail/Bernama
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.