Skip to main content

Malaysia

91.58 peratus tanah milik di Kelantan berstatus rizab Melayu

Tanah milik berstatus rizab Melayu di Kelantan meliputi 526,830.08 hektar setakat Jun tahun ini, bersamaan 91.58 peratus daripada keseluruhan 574,427.61 hektar tanah milik direkodkan di negeri itu, kata Mohd Nasuruddin. - Gambar fail
Tanah milik berstatus rizab Melayu di Kelantan meliputi 526,830.08 hektar setakat Jun tahun ini, bersamaan 91.58 peratus daripada keseluruhan 574,427.61 hektar tanah milik direkodkan di negeri itu, kata Mohd Nasuruddin. - Gambar fail

Advertisement

KOTA BHARU: Tanah milik berstatus rizab Melayu di Kelantan meliputi 526,830.08 hektar setakat Jun tahun ini, bersamaan 91.58 peratus daripada keseluruhan 574,427.61 hektar tanah milik direkodkan di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, jumlah itu melibatkan 816,020 hak milik tanah.

Beliau berkata, Gua Musang merekodkan keluasan tanah rizab Melayu terbesar, iaitu 122,735.54 hektar atau 84.55 peratus daripada keseluruhan tanah milik di jajahan itu.

“Bagi jajahan lain, Kota Bharu merekodkan 40,510.49 hektar (99.97 peratus), Pasir Mas 56,656.79 hektar (99.98 peratus), Kuala Krai 53,473.85 hektar (68.73 peratus) dan Tumpat 21,607.96 hektar (99.99 peratus).

“Bachok pula merekodkan 26,541.25 hektar (99.98 peratus), Tanah Merah 56,246.13 hektar (99.98 peratus), Pasir Puteh 43,377.81 hektar (99.99 peratus), Machang 28,376.83 hektar (96.18 peratus), Jeli 37,240.60 hektar (99.93 peratus) dan Lojing 39,315.82 hektar (98.99 peratus),” katanya.

Mohd Nassuruddin berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Shabuddin Hashim (BN-Galas) mengenai keluasan terkini tanah rizab Melayu di negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian terhadap usaha mengekalkan keluasan dan status tanah rizab Melayu bagi memastikan kepentingan pemilikan tanah dalam kalangan orang Melayu terus terpelihara.

Beliau berkata, semua urusan pembangunan yang melibatkan tanah rizab Melayu perlu mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930.

“Sebarang urusan pembangunan melibatkan tanah rizab Melayu mesti mematuhi undang-undang berkaitan bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan tidak menyebabkan pemilikan tanah orang Melayu terhakis,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement