Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan bekerja kuat untuk memastikan 'kesihatan' kewangan negara dapat dipulihkan selepas mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
Lim Guan Eng yang dinamakan Menteri Kewangan berkata selepas melihat Penyata Kewangan Negara, pihaknya perlu bekerja lebih kuat untuk memulihkan kembali kewangan negara.
"Kami akan berusaha supaya 'kesihatan' kewangan negara dapat dipulihkan. Ini satu tugas yang berat.
"Tetapi kerana dapat sokongan rakyat, saya berjanji dan berikrar serta membuat komitmen bahawa saya akan berusaha dan berjuang setiap hari untuk rakyat Pulau Pinang dan Malaysia," katanya ketika berucap pada ceramah mega 'Sekalung Budi Membina Harapan' di Padang Kota, di sini malam tadi.
Guan Eng yang juga Anggota Parlimen Bagan bagaimanapun berkata pada masa ini, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana belum mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan.
Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) setakat akhir Disember 2017, hutang luar Malaysia berjumlah RM883.4 bilion atau 65.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Disember 2017, berbanding RM873.8 bilion 64.6 peratus daripada KDNK pada akhir September 2017.
Astro Awani
Tue May 15 2018
Ceramah 'Sekalung Budi Membina Harapan' turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan kepimpinan PH negeri. -Foto BERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.