awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024

Bernama
Bernama
22/11/2024
10:32 MYT
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Paras rizab antarabangsa BNM memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion (AS$1=RM4.46) pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini.
Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$105.0 bilion), diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM591.921 bilion, terdiri daripada rizab emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM484.65 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.89 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM59.98 bilion).
BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM591.21 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM173.75 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.72 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM133.87 bilion) deposit kerajaan persekutuan (RM10.36 bilion), deposit lain (RM64.29 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM4.09 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#import barangan dan perkhidmatan
#BNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan