awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat

Dagang News
Dagang News
06/03/2024
04:43 MYT
Permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat
Walaupun sektor penjagaan kesihatan secara amnya bersifat defensif namun firma penyelidikan itu cenderung kepada syarikat berteraskan perniagaan domestik kerana ia memberikan kestabilan pendapatan. -Dagang News
KUALA LUMPUR: RHB Investment menjangkakan permintaan untuk perkhidmatan penjagaan perkhidmatan swasta terus meningkat disokong oleh beberapa faktor termasuk pertumbuhan menggalakkan daripada segmen pelancongan perubatan.
Selain itu, katanya, perkembangan itu juga disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) dan masyarakat yang semakin tua.
Walaupun sektor penjagaan kesihatan secara amnya bersifat defensif namun firma penyelidikan itu cenderung kepada syarikat berteraskan perniagaan domestik kerana ia memberikan kestabilan pendapatan.
"KPJ Healthcare Bhd kekal sebagai pilihan utama kami dalam sektor itu berdasarkan penjenamaan semula yang strategik serta peningkatan beransur-ansur dalam segmen pelancongan perubatan.
"Ia juga disokong oleh kecekapan operasi mereka kerana tempoh tunggu hasil hospitalnya dijangka mencapai titik pulang modal menjelang akhir tahun ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan prospek pengeluar ubat-ubatan disokong oleh jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih baik pada tahun ini selaras dengan dinamik ekonomi positif China.
RHB Investment positif terhadap propek Kotra Industries kerana produk makanan kesihatannya dianggap dibuat berdasarkan kehendak pelanggan.
"Peruntukan belanjawan kerajaan yang lebih tinggi untuk membeli ubat iaitu sebanyak RM5.5 bilion pada tahun ini berbanding RM4.9 bilion pada tahun lalu selain rundingan harga yang dimuktamadkan di bawah Senarai Pembelian Produk yang Diluluskan atau mekanisme APPL seharusnya menyokong pertumbuhan pendapatan untuk Duopharma Biotech," katanya.
RHB Investment mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor penjagaan kesihatan disokong oleh peningkatan permintaan serta kesedaran kesihatan dalam kalangan pengguna serta masyarakat yang semakin tua. -DagangNews.com
Topic Berkaitan
#RHB Investment
#perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta
#KPJ Healthcare
#Kotra Industries
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan