awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan sewa hartanah jatuh dalam separuh pertama 2020 - iProperty

Bernama
Bernama
30/09/2020
16:02 MYT
Permintaan sewa hartanah jatuh dalam separuh pertama 2020 - iProperty
Permintaan sewa hartanah negara merosot 5.6 peratus dari tahun ke tahun dalam separuh pertama 2020. - Bernama
KUALA LUMPUR:Permintaan sewa hartanah negara merosot 5.6 peratus dari tahun ke tahun dalam separuh pertama 2020 susulan pandemik COVID-19, menurut iProperty.com.my dalam laporan analisis permintaan hartanah separuh pertama 2020.
Portal hartanah itu berkata pemulihan pasaran menjelang akhir separuh pertama tahun ini telah mengurangkan kesan awal pandemik dan menyumbang ke arah penurunan keseluruhan yang lebih rendah.
Analisis portal itu dibuat berdasarkan kepada lawatan pengguna itu dan data penyenaraian hartanah kediaman dalam talian dengan tumpuan khusus kepada Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang termasuk Johor. Analisis sewa, yang dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, melihat kepada tiga jenis hartanah merangkumi rumah teres, kondominium dan kediaman servis.
Kondominium adalah jenis hartanah yang paling popular di kalangan pencari rumah sewa dalam empat pusat tumpuan itu, katanya.
iProperty.com.my juga mendedahkan bahawa hartanah bertingkat tinggi yang berharga rendah dalam pasaran sewa mencatatkan hasil penyewaan yang lebih baik iaitu melebihi 4.0 peratus berbanding hartanah bertanah seperti rumah teres, yang mencatatkan hasil sewa sebanyak 3.43 peratus pada separuh pertama 2020.
"Disebabkan keadaan buruk berikutan COVID-19, ramai rakyat Malaysia lebih cenderung untuk menyewa daripada membeli.
Beliau juga berkata memandangkan kemampuan menjadi faktor terpenting dalam pasaran perumahan semasa, sewa hartanah menyediakan penyelesaian sementara bagi keperluan perumahan dan ketersediaan data permintaan sewa akan berfungsi untuk membantu semua pihak berkepentingan dalam membuat keputusan yang lebih tepat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hartanah
#pandemik
#koronavirus
#rumah
#Malaysia
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan