awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua kaji kesesuaian perkenal model kenderaan elektrik

Norzainah Zainal Abidin
Norzainah Zainal Abidin
25/10/2017
05:04 MYT
Perodua kaji kesesuaian perkenal model kenderaan elektrik
Kenderaan EV DN Pro Cargo keluaran Daihatsu diperkenalkan pada Tokyo Motor Show 2017. -Foto Norzainah Zainal Abidin
Perodua Auto Corporation Sdn Bhd sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) dalam model keluarannya pada masa hadapan setanding dengan jenama global yang menekankan teknologi itu.
Naib Presiden Perodua Auto Corp, Datuk Zainal Abidin Ahmad bagaimanapun menegaskan buat masa sekarang pihaknya akan terus memberi tumpuan memaksimumkan sepenuhnya potensi enjin konvensional dan enjin cekap tenaga (EEV) bagi memastikan enjin lebih jimat minyak.
Mengenai model EV, Zainal Abidin memberitahu pihaknya masih belum mempunyai perancangan konkrit bila ia boleh direalisasikan.
“Kita (Perodua) masih belum ada sebarang perancangan. Kita sedang buat kajian mengenai EV kerana kebolehan sistem enjin kita boleh dipertingkatkan lagi,” kata Zainal Abidin.
Selain itu, katanya, prasarana untuk teknologi EV di Malaysia juga belum diguna pakai secara meluas dan sepenuhnya.
“Perodua akan mengkaji dahulu keperluan keadaan persekitaran pasaran dan kemampuan serta keunikan rakyat negara ini sebelum memperkenalkan teknologi EV,” kata Zainal Abidin lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media Malaysia pada Motor Tokyo Show 2017, di sini.
Pada pameran sama, rakan strategik Perodua, Daihatsu mempertontonkan sebuah model konsep EV keluarannya -- 'DN Pro Cargo'.
Kenderaan konsep EV keluaran Daihatsu 'DN Pro Cargo' dipertontonkan kepada pengunjung Tokyo Motor Show 2017.
Kenderaan konsep EV keluaran Daihatsu 'DN Pro Cargo' dipertontonkan kepada pengunjung Tokyo Motor Show 2017.
Menurut Zainal Abidin, Perodua mungkin mengambil contoh konsep EV yang diperkenalkan Daihatsu pada pameran ini.
“Sekarang Daihatsu sudah ada hala tuju jelas mengenai enjin elektrik, dan mereka sedang membuat penyelidikan mengenai EV, namun mereka (Daihatsu) masih belum memikirkan model kenderaan yang akan dihasilkan,” kata Zainal Abidin.
Sistem kawalan dan navigasi kenderaan konsep EV keluaran Daihatsu di Tokyo Motor Show 2017.
Sistem kawalan dan navigasi kenderaan konsep EV keluaran Daihatsu di Tokyo Motor Show 2017.
Topic Berkaitan
#EEV
#enjin cekap tenaga
#EV
#kenderaan elektrik
#Perodua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan