Skip to main content

Dunia

GSF 2.0: Sepanyol sahkan 44 aktivis flotila dijangka dihantar pulang hari ini

José Manuel Albares (foto) mengesahkan kesemua aktivis terbabit dijangka menaiki penerbangan deportasi yang dijadualkan berlepas kira-kira 3 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia). -Gambar fail/Reuters
José Manuel Albares (foto) mengesahkan kesemua aktivis terbabit dijangka menaiki penerbangan deportasi yang dijadualkan berlepas kira-kira 3 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia). -Gambar fail/Reuters

Advertisement

Advertisement

MADRID: Seramai 44 aktivis kemanusiaan daripada keseluruhan 65 warga Sepanyol yang menyertai misi bantuan ke Semenanjung Gaza menerusi kapal Global Sumud Flotilla dijangka dihantar pulang dari Israel ke Sepanyol melalui Turkiye hari ini, lapor Al Jazeera.

Menteri Luar Sepanyol, José Manuel Albares, mengesahkan kesemua aktivis terbabit dijangka menaiki penerbangan deportasi yang dijadualkan berlepas kira-kira 3 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

Perkembangan itu menyusuli tindakan Sepanyol yang mengutuk keras operasi Israel memintas dan menahan aktivis di perairan antarabangsa awal minggu ini, yang dilabel sebagai “haram” di bawah undang-undang antarabangsa serta menuntut pembebasan segera warga negaranya.

Advertisement

Selain itu, Madrid turut memanggil Chargé d’Affaires Israel selepas Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, menyebarkan video yang memaparkan layanan kasar tentera Israel terhadap aktivis yang ditahan.

Albares berkata tindakan penularan video tersebut sebagai sesuatu yang zalim dan menghina maruah tahanan awam terlibat.

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement