SERDANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu yakin model EV pertamanya itu dapat dilancarkan menjelang akhir tahun depan.
"Kita akan cuba lancarkan pada penghujung 2025, kerana pembangunannya mengambil masa mungkin kurang daripada tiga tahun.
"Apa yang boleh saya katakan di sini ialah harganya tidak akan melebihi RM100,000 dan tidak kurang daripada RM50,000. Kami juga mempunyai pelbagai rancangan menarik yang akan dimaklumkan pada masa yang sesuai," katanya kepada pemberita di Malaysia Autoshow 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata prototaip EV tersebut, yang terdiri daripada bangku pengujian kuasa, rangkaian penggerak kuasa dan rekaan keseluruhan rangkanya, dibuat terutamanya di Malaysia, manakala teknologi penukaran kuasa adalah dengan usaha sama syarikat berpangkalan di Australia.
"Proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia, bertujuan untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan," katanya.
Kerjasama berkenaan, yang bermula sejak September 2022, menyaksikan Perodua dan ketiga-tiga universiti terbabit bekerjasama untuk membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas.
Langkah ini sekali gus membuka peluang kepada semua pihak untuk meningkatkan kepakaran dan kemampuan masing-masing dalam bidang EV.
"Ini adalah permulaan bagi kami dan kami mahu menjadikan permulaan ini dekat dengan hati rakyat Malaysia," kata Zainal Abidin.
Bagi memastikan produk EV pertamanya itu membuahkan hasil, Perodua turut mengutamakan pembangunan bersama vendor tempatan dengan jangkaan penyertaan lebih 60 vendor untuk menyokong pengeluaran secara besar-besaran.
"Diharapkan apabila tiba masanya nanti, mereka bersedia untuk memanfaatkan semua pembangunan produk berkaitan EV, bukan sahaja untuk Perodua tetapi juga dengan pengeluar peralatan asli yang lain," katanya.
Pengeluar kereta itu juga sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan infrastrukturnya bagi menampung pengeluaran model EV yang akan datang, sama ada dengan membina kilang baharu atau mencari rakan kongsi dengan entiti berkebolehan yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Zainal Abidin menyampaikan ucapan sempena Pameran Prototaip EV Pertama pada Malaysia AutoShow 2024 di MAEPS hari ini. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama Malaysia berharga bawah RM100,000
MITI akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.