Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad, Perodua melangkah setapak lagi dalam usaha menjadi pemain industri global.
Terbaru, ia secara rasminya membuka Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB), yang merupakan kilang pembuatan automotif hijau pertama di Asia Tenggara.
PGMSB yang memulakan pembinaannya pada Mac 2013 dengan keluasan 64,000 meter persegi itu menelan belanja RM1.3 bilion.
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, pembinaan PGMSB merupakan antara pelan transformasi utama Perodua untuk menjadi jenama global yang kompetitif terutama dalam aspek kualiti, kos pengurusan dan penghantaran.
Antaranya konsep pemasangan automasi hijau yang digunakan dalam 75 peratus pembuatan kenderaan keluarannya.
"Kami mengadaptasi teknologi dari Jepun dan ia merupakan kilang automotif hijau pertama dengan sijil pengesahan tenaga efisien pertama di Asia Tenggara," ujar beliau.
PGMSB telah memulakan produksi bermula Ogos 2014 dan setakat Disember 2015 sebanyak 138,000 buah Perodua Axia telah dihasilkan di kilang ini bagi memenuhi permintaan seluruh negara.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata Perodua telah mengambil langkah-langkah awal sekiranya negara bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Perodua katanya telah mula menjalankan agenda transformasi syarikat bermula 2011 bagi mempersiapkan syarikat tersebut menghadapi TPPA.
"Kita telah mula membuat persiapan serta langkah-langkah dalam menghadapi TPPA sejak 2011 lagi dan telah pun melalui fasa pertama pelan transformasi syarikat dalam mendepani TPPA, iaitu pelan lima tahun bermula 2011 hingga 2015 ," kata Aminar Rashid.
Beliau menambah Perodua turut menjadikan syarikat rakan kongsinya dari Jepun, Daihatsu sebagai penanda aras dalam menepati standard antarabangsa selain mula menjalankan pelan transformasi fasa kedua bagi tahun 2016-2020.
Dalam pada itu Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin juga berharap perkongsian pasaran oleh pengeluar tempatan akan mencapai lebih 50 peratus.
"Kita harap kereta jenama nasional akan mencapai perkongsian pasaran melebihi 50 peratus. Ini kerana kereta nasional seperti Perodua dan Proton mempunyai tahap lokalisasi yang tinggi.
"Sebagai contoh Perodua ketika ini membeli alatan pemasangan pada nilai RM5 bilion dari luar. Oleh itu, lebih besar volum bagi kereta nasional, lebih banyak peluang bagi vendor tempatan dan oleh itu kita perlu meluaskan pasaran kereta tempatan," kata Asmat
Beliau menambah pasaran yang lebih besar akan mempersiapkan syarikat automotif nasional dalam ekpsort.
Beliau berkata demikian pada sidang media pembukaan rasmi PGMSB, kilang pembuatan automotif hijau pertama di Asia Tenggara di Rawang pada Selasa.
Pembukaan kilang tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Nurulhana Ismail
Tue Jan 12 2016
Perodua melangkah setapak lagi dalam usaha menjadi pemain industri global.Terbaru,ia secara rasminya membuka Perodua Global Manufacturing Sdn.Bhd.,kilang pembuatan automotif hijau pertama di Asia Tenggara.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Naza tamatkan perkongsian dengan Ferrari
Naza menamatkan perkongsiannya dengan Ferrari SpA berikutan harapan pengeluar kereta mewah Itali itu yang tidak selari dengan strategi Naza.
Ibu tunggal mengaku tidak bersalah pecah amanah jual beli kereta, SUV
Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah dalam urusan jual beli kereta membabitkan kerugian lebih RM91,000.
Tak mampu buat cara tak mampu, lelaki ini ubah basikal jadi 'superbike'
Video yang mula tular di laman sosial ini memaparkan lelaki berkenaan menaiki sebuah superbike jenis Kawasaki berwarna hijau.
Sabah, Sarawak akan bangunkan industri automotif
Sabah mahu mejalinkan kerjasama dengan Sarawak bagi membangunkan industri automotif, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.
Pereka tersohor berminat bawa pelaburan baharu ke Malaysia
Dyson yang sudah mempunyai pelaburan di Malaysia dengan kemudahannya terletak di Johor menggunakan jumlah jurutera yang ramai.
Perodua rai pembukaan kilang automotif hijau pertama Asia Tenggara
Perodua secara rasminya membuka Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB) iaitu kilang pembuatan automotif hijau pertama di ASEAN.
Frost & Sullivan semak menaik unjuran jualan kenderaan Malaysia
Ini adalah berikutan sentimen positif pengguna, sambutan menggalakkan terhadap pelancaran model baharu.