KUALA LUMPUR: Gerakan koperasi mencatatkan perolehan mencecah RM64 bilion pada tahun lepas, melebihi sasaran RM60 bilion yang ditetapkan pada 2025 dalam Dasar Koperasi Malaysia 2030.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pencapaian itu menyaksikan sasaran perolehan ditetapkan Dasar Koperasi Malaysia 2030 berjaya dicapai dua tahun lebih awal.
"Saya ucap tahniah pada agensi-agensi yang terlibat khususnya gerakan koperasi di Malaysia kerana berjaya mencapai sasaran ini," katanya dalam sidang media Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2024 di sini hari ini.
Dasar Koperasi Malaysia 2030 yang memetakan hala tuju gerakan koperasi sehingga 2030 antara lain menetapkan sasaran perolehan RM60 bilion pada 2025 dan RM73 bilion pada 2030.
Mesyuarat yang dipengerusikan Ewon hari ini memberi tumpuan dalam menentukan hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara serta mempertingkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam sektor itu.
Mesyuarat berkenaan juga membincangkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi supaya terus relevan sebagai penyumbang pembangunan sosioekonomi negara.
Mesyuarat itu turut disertai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan, Exco kerajaan negeri, wakil gerakan koperasi, wakil industri dan ahli akademik.
Ewon turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dalam pemberian insentif kepada gerakan koperasi di negeri seperti dilakukan Johor yang memperuntukkan insentif RM300,000, Perak (RM620,000) dan Melaka (RM100,000).
Sementara itu Ewon berkata kementeriannya akan melancarkan Koperasi Pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 iaitu inisiatif baharu dengan koperasi-koperasi menyediakan perkhidmatan dalam sektor pelancongan pada 16 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 1/2024 yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat, hari ini. - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Perolehan gerakan koperasi cecah RM64 bilion, capai sasaran dua tahun lebih awal - Ewon
Gerakan koperasi mencatatkan perolehan mencecah RM64 bilion pada tahun lepas, melebihi sasaran RM60 bilion yang ditetapkan pada 2025 dalam Dasar Koperasi Malaysia 2030.
ANGKASA anjur Kongres Koperasi Kebangsaan selepas 55 tahun
Selepas kali terakhir diadakan pada 1969, Kongres Koperasi Kebangsaan akan kembali dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) buat kali ketiga pada 23 Jun ini.
Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar
Gerakan koperasi adalah sebuah agenda ekonomi rakyat yang jelas serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gerakan koperasi perlu berani terokai teknologi hijau
Gerakan koperasi di negara ini perlu mengambil langkah berani dalam menerokai teknologi hijau seiring dengan peralihan minat masyarakat dunia ketika ini.
TransKoM 2021-2025 pemacu pembangunan koperasi - Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin berkata pelan itu dapat memacu pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing sekali gus memberi manfaat kepada sosioekonomi rakyat.